Sunday, September 08, 2013

Hilang Berat 114 Kilogram Gara-gara Takut Mati


Apabila diberitahu doktor dia hanya ada masa 5 tahun sahaja lagi untuk hidup dengan berat badannya ketika itu, Charmaine Wilkinson, 34, mula berasa sangat takut.

Charmaine Wilkinson

Justeru, dia berusaha keras mengubah gaya hidup hingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 114 kilogram dalam masa setahun sahaja.

Beratnya sebelum itu sekitar 215 kilogram. Menurut doktor tulang-tulangnya akan hancur jika berat badannya terus meningkat seterusnya membawa kepada kematian.

Charmaine kemudiannya menjalani pembedahan usus dan mengubah gaya hidup. Hasilnya, ukuran bajunya yang bersaiz 32 (ukuran Eropah) kini cuma saiz 12.

Charmaine Wilkinson

Ketika gemuk, Charmaine menyatakan dia mengalami kesukaran bernafas dan sulit untuk berjalan seperti wanita tua.

Berat badannya mula meningkat selepas dia melahirkan anak, Maison, 13 dan Poppy, 4. Tabiatnya yang gemar makan makanan ringan dan minuman manis memburukkan lagi keadaan.

Kini, Charmaine merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama tunang yang sudah bersamanya selama 11 tahun.

Memandangkan tubuhnya kini jauh bebeza, dia tidak sabar untuk mengenakan gaun pengantin kelak.

Kerja Seni Yang Disangka Mayat Manusia

Urban Intervention

Sementara itu, di Prague, Republik Czech, satu kerja seni baru-baru ini menimbulkan kegemparan atau sekurang-kurangnya, membuatkan orang menoleh dua kali.

Ia adalah karya yang memaparkan seolah-olah seseorang dihempap oleh bangunan dan yang kelihatan cuma lengan dan sepasang kaki.

Kerja seni itu dilakukan oleh Italian Fra Biancoshock, yang memang terkenal dengan karya-karya arca yang agak berani.

Apabila ditanya maksud di sebalik karya tersebut, Biancoshock menegaskan ia tidak memerlukan penerangan.

Sebaliknya, ia dibuat dengan tujuan untuk ‘mengejutkan’ sesiapa sahaja yang lalu tidak kira sama ada mereka mempunyai pengetahuan tentang seni mahu pun tidak. -Mynewshub

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon