Saturday, September 07, 2013

Guru Kaji Selidik Saiz Kemaluan Murid Diselar


Kementerian Pendidikan Indonesia semalam mengutuk keputusan pegawai sebuah bandar kecil di Aceh kerana meminta pelajar menilai kemaluan masing-masing dalam kajian di peringkat sekolah.

Gambar hiasan.

Soalan kesihatan itu, diedarkan kepada pelajar berusia 11 dan 12 tahun di bandar Sabang - mengandungi gambar kemaluan dan mereka diminta menyatakan saiz kemaluan masing-masing.

Pelajar juga ditanya sama ada mereka pernah mengalami mimpi erotik. Seorang ibu, Nurlina berkata, anak lelakinya diminta melengkapkan kaji selidik itu yang memaparkan kemaluan lelaki dan perempuan.

“Ia menunjukkan kemaluan dari saiz paling kecil hingga terbesar dan pelajar diminta menyatakan saiz yang paling hampir dengan kemaluan mereka,” katanya.

Melihat kandungan kaji selidik itu, kata Nurlina, 40, dia mengarahkan anaknya tidak melengkapkan soalan berkenaan dan dia membuat aduan kepada sekolah.

Pegawai pendidikan merancang mengedarkan kaji selidik itu ke enam sekolah rendah di Sabang tetapi hanya satu sempat dilakukan sebelum ia mencetuskan kemarahan orang ramai.

Sementara itu, ketua Pejabat Pendidikan Sabang Misman berkata, kaji selidik itu cuba mahu menilai tahap kesihatan pelajar.

“Namun saya tidak tahu menahu mengenai kewujudan gambar yang terlalu lucah itu,” katanya.

Sami potong kemaluan sendiri

Gambar hiasan.

Sementara itu, seorang sami mengembiri dirinya sendiri kerana usaha memprotes penahanan seorang pemimpin kerohanian Hindu atas dakwaan merogol, kata polis semalam.

Baba Premdas, 60, ditemui berlumuran darah kelmarin di Uttar Pradesh selepas memotong kemaluannya kerana berang Asaram Bapu ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Amethi, Alankrita Singh berkata, pihak berkuasa belum pasti motif sebenar Premdas bertindak nekad begitu.

“Ada pihak berkata dia memprotes penahanan Bapu, tetapi sesetengah sumber memberitahu dia sendiri takut jika berada dalam situasi Bapu pada satu hari nanti,” katanya.

Premdas dipindahkan ke hospital untuk menjalani pembedahan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Walaupun polis mendapati kecederaan pada Premdas adalah akibat perbuatan sendiri, mereka tetap akan menyoal siasat sami terbabit.

Bapu ditahan kerana didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun beberapa hari lalu.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon