Friday, September 13, 2013

Gambar Sempena Pernikahan Black Mentor Dan Naquia Yasirah


Black Hanifah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi sekitar 12.06 tengahari tadi.

Black Mentor Dan Naquia Yasirah

Black dan Chira telah diijabkabulkan oleh bapa Chira sendiri dengan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu.

Walaupun malang jatuh bertimpa-timpa, Black dan tunangnya selamat bernikah.

Niat suci murni Black untuk melangsungkan perkahwinan diuji dengan pelbagai dugaan. Jika sebelum ini Black dan tunang disihir, Black juga ditipu oleh perunding perkahwinannya.

Bukan sedikit jumlah wang yang diberikan oleh Black kepada perunding perkahwinan tersebut, RM30,000!

Hanya dengan sekali lafaz tepat jam 12.06 tengahari, Hanifah Md Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan.

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith, dan juga set kosmetik Kanebo.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran.

Majlis persandingan Black dan Chira akan diadakan di dewan komuniti Bangsar pada waktu malam berkonsepkan ‘english contemporary’ untuk sebelah perempuan.

Sebelah lelaki pula akan diadakan pada 14 September bertempat di Zebra Square, Kampung Pandan.

Black akan mengadakan majlis resepsi mereka untuk kali ketiga di padang bola PPRT Pantai Dalam pada Ahad, 15 September bagi meraikan hari bahagianya bersama para peminat di tempat dia membesar.

Black Mentor Dan Naquia Yasirah
Black Mentor Dan Naquia Yasirah
Black Mentor Dan Naquia Yasirah

Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke hujung nyawa.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon