Tuesday, September 10, 2013

Amy Search Lega Cucu Hanya Cedera Ringan Dalam Kemalangan


Selepas pelbagai laporan mengatakan anak perempuan kepada aktres Nabila Huda, Keisha Laila, 4, dilaporkan patah tangan kiri akibat kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

Nabila Huda
Anak Nabila Huda retak tangan kiri.

Penyanyi rock yang merupakan datuk kepada Keisha, Amy Search tampil menafikan berita tersebut yang tersiar di internet.

Dipetik dari laporan mStar, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menjelaskan Keisha hanya mengalami retak pada bahagian tangan kiri, manakala anaknya pula hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong, Pahang.

"Alhamdulillah, keadaan cucu saya tidak membimbangkan cuma mengalami retak pada tangan dan bukannya patah. Nabila juga hanya mengalami kecederaan ringan pada kakinya akibat terkena kaca yang pecah," ujarnya.

Nabila dan Keisha yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri acara Karnival Planet Gempak Astro di Kuantan, Pahang terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 3.30 petang Ahad selepas kenderaan empat pacuan roda Mitsubishi Triton yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Dalam satu laporan Harian Metro, Nabila memberitahu kejadian tersebut berlaku dengan pantas dan tidak sedar kerana sedang tidur.

Nabila turut memberitahu dia menumpang kereta aktor Syazwan Zulkifly yang memandu ketika kejadian berlaku kerana mereka terbabit dalam promosi drama "Jodoh Itu Milik Kita" di acara tersebut.

"Saya terjaga selepas mendengar dentuman berlaku dan menyedari anak saya tercampak keluar. Saya keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Keisha. Mujurlah semua kenderaan berhenti ketika itu," kata Nabila.

Sementara itu, bekas suami Nabila, Zaidi Zailani menerusi laman Twitter memberitahu anak perempuannya kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. [Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon