Thursday, September 12, 2013

Ahmad Dhani Dicadang Kahwini Balu Mangsa Kemalangan


Sejak anak kepada Ahmad Dhani dan bekas isterinya, Maia terlibat dalam kemalangan ngeri pada hari Sabtu lepas, pelbagai perkara tidak enak diterima oleh penyanyi itu termasuklah kritikan dan tohmahan daripada orang ramai.

Ahmad Dhani

Semalam, Dhani telah bersetuju untuk membiayai sebahagian daripada kos pelajaran anak-anak mangsa korban sebagai rasa tanggungjawab terhadap kecelakaan yang diakibatkan oleh anaknya.

Selain daripada itu, Dhani turut berbesar hati untuk menanggung keseluruhan kos perubatan mangsa-mangsa yang sedang dirawat.

Walaupun begitu, masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan sanggup mencadangkan Dhani membuktikan rasa tanggungjawabnya dengan cara berbeza.

Farhat Abbas, peguam popular di Indonesia yang sering menyelesaikan kes selebriti negara itu menyarankan Dhani supaya berkahwin dengan balu-balu mangsa nahas kemalangan tersebut.

Ahmad Dhani
Ahmad Dhani
Ahmad Dhani


Meskipun idea itu agak pelik dan tidak masuk akal, Farhat tetap menganggap ianya adalah hukuman paling adil terhadap keluarga mangsa. Dalam masa yang sama, Farhat menegaskan supaya Dul tidak dibebaskan.

Ahmad Dhani

Untuk pengetahuan anda, Dul atau nama sebenarnya Abdul Qodir Jaelani mengalami kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya gagal dikawal dan terbabas mengakibatkan enam orang terbunuh.

Dalam perkembangan terbaru, Dul kini sudah mula sedarkan diri selepas menjalani tiga pembedahan dan masih menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Pondok Indah (RSPI).

Anak Ahmad Dhani Sudah Sedar

Ahmad Dhani

Setelah menjalani beberapa pembedahan, anak Ahmad Dhani, iaitu Abdul Qodir Jaelani, 13, atau Dul sudah sedarkan diri tetapi masih berasa sakit pada bahagian perutnya.

Anggota kumpulan Dewa itu memberitahu, anaknya mengalami pendarahan dalam perut dan dia bercadang menghantar Dul ke sebuah hospital di Singapura sekiranya keadaan memerlukan.

“Dia mengeluh mengenai perutnya masih sakit,” ujar Dhani kepada portal detikhot.com di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan pada Selasa.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kereta Mitsubishi Lancer yang dipandu anak sulung Ahmad Dhani itu terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima orang meninggal dunia dan 11 yang lain cedera.

Kejadian di Tol Jagorawi Bogor itu terjadi apabila Dul dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.

Dul yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah panggul, pendarahan di otak dan usus.

Dalam pada itu Dhani berkata, dia bersyukur kerana keadaan anaknya beransur pulih dan berasa bersalah kerana menghadiahkan kereta tersebut kepada Dul bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.

–Ohbulan/mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon