Wednesday, August 14, 2013

Unik! Hotel Mewah Berbentuk Donut Di China


Dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai kuasa dunia yang sedang berkembang China mempamerkan mercu tanda terbarunya.


Bangunan Sheraton Huzhou Hot Spring Resort setinggi 27 tingkat di bandar raya Huzhou dekat Shanghai itu berdiri de­ngan megah seolah-olah sebuah donat yang bercahaya.

Terletak di pesisir Tasih Taihu dan menyediakan 321 bilik hotel itu adalah destinasi sempurna untuk golongan ahli perniagaan China.

Daripada 321 bilik itu 44 adalah suite dan 39 unit lagi adalah vila.

Dalam laman sesawang Sheraton menyatakan, pengunjung hotel terbaru itu boleh menikmati pel­bagai tarikan menarik dan mungkin yang lebih penting bergaul dengan orang berpengaruh.

Dikenali sebagai Bandar Raya Sutera Huzhou yang menjadi sebahagian daripada wilayah Zheijang dianggap sebagai pusat kelahiran budaya teh masyarakat timur jauh.

Tetamu yang berkunjung ke hotel Sheraton Huzhou itu dijanjikan pengalaman serba mewah dan menyenangkan.

Hotel itu yang direka bentuk arkitek kelahiran Beijing, Ma Yanson berbentuk seperti ladam kuda tetapi sebenarnya bercantum pada dua tingkat di bawah tanah.

Di bahagian lobi, kawasan itu diterangi 20,000 lampu kristal semula jadi Swarovski dan Eropah yang disusun dalam formasi seperti gelombang di sepanjang silingnya.

Lantai pula dikemaskan dengan baru marmar putih Afghanistan serta Batu Maha Harimau dari Brazil.

Setiap bilik di hotel itu dilengkapi sebuah balkoni sendiri, meja kerja yang luas serta bangku mewah, akses Internet berkelajuan tinggi, televisyen skrin rata LCD dan stesen iPod.

Sesuai dengan statusnya sebagai hotel mewah, kamar mandi setiap bilik juga dilengkapi tab mandi serta curahan unik.

Sama seperti keba­nyakan hotel di China yang mengalu-alukan ahli perniagaan, Sheraton Huzhou turut menawarkan kemudahan persidangan dan 16 bilik mesyuarat dengan jumlah keluasan 2,200 meter persegi.

Pelawat boleh menikmati alam semula jadi Tasik Taihu yang terkenal dengan batuan kapur yang unik dan popular di tasik air tawar ketiga terbesar di China itu.

Tasik berkenaan juga mengandungi kira-kira 90 pulau.

Jika anda penggemar golf, ada ruang yang boleh menjadi tempat melepaskan kecanduan iaitu Kelab Golf Hot Springs Huzhou yang dianggap terbaik di China.

Kadar sewa termurah di Sheraton Huzhou ialah RM1,400 untuk satu malam!


Sumber: Zamrispoon.blogspot.com

1 comment

  1. Ada kawan saya beritahu Bangsa Yakjuj Makjuj ni boleh disamakan dengan Bangsa ini...Wallahu allam...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon