Monday, August 05, 2013

Rita Rudaini Dan Aidil Zafuan Bercerai Talak Satu?


Konflik rumah tangga antara aktres Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan yang sekian lama berlarutan, kini dikhabarkan sudah berakhir.


Namun berita ini belum dapat disahkan dari mana-mana sumber yang sahih tetapi pada sebuah laman hiburan popular menyebut stesen berita radio Malaysia melaporkan Aidil sudah pun melafazkan cerai terhadap isterinya itu.

Pemain bola sepak kebangsaan itu atau nama sebenarnya Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak dilaporkan telah menceraikan Rita dengan talak satu menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tidak pula dinyatakan bila dan kenapa Aidil Zafuan mengambil tindakan drastik sebegitu terhadap Rita Rudaini sedangkan kes rumahtangga mereka masih berjalan di mahkamah.

Semalam, Rita Rudaini menerusi Berita Harian meluahkan rasa bengang terhadap sikap Aidil Zafuan yang mempunyai kini hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Zarema.

“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil.

“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya”, ujar Rita Rudaini.

Bengang Artikel Digosipkan Dengan Zarema, Aidil Ceraikan Rita Menerusi SMS


Konflik rumah tangga antara aktres Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan yang sekian lama berlarutan, sudah berakhir.

Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.

Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku ‘perang SMS’ di antara mereka sebelum itu.

Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: “Aku ceraikan kau talak satu.”

Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.

Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.

“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil.

“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya”, ujar Rita Rudaini.

-MalaysianDigest/Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon