Tuesday, August 27, 2013

Penyampai Radio ERA FM Mohon Maaf Diatas Komen Berunsur Perkauman!?


Penyampai Radio ERA FM bagi segmen, JoHaRa Pagi Era, Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray memohon maaf secara rasmi atas komen ‘cap ayam’ yang dilontarkan oleh mereka kepada Juara Liga Premier Malaysia, pasukan bolasepak Sarawak minggu lalu.


Dalam permohonan maaf mereka, Johan, Hanif dan Ray memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada penyokong pasukan bolasepak Sarawak kerana menyinggung perasaan mereka.

“Kami di JoHaRa Pagi Era memohon maaf atas keterlanjuran atas kata kata kami. Kami tiada niat untuk menyinggung penyokong Sarawak FA dam kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia kita,” kata JoHara ketika bersiaran pada jam 8.30 pagi tadi.

Malah, dalam Twitter ERAVAGANZA, juga telah dilampirkan juga aplikasi ‘Soundcloud’ permohonan maaf dari dari Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray.

Kenyataan kontroversi itu dikeluarkan setelah Sarawak tewas 1-2 kepada Perak pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia minggu lalu.

Penyampai berkenaan didakwa telah mengeluarkan komen bahawa pasukan Sarawak yang menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti.

Malah mereka juga menyifatkan Sarawak adalah pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya mampu bermain di peringkat Liga Perdana.

Sumber: ASTRO AWANI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon