Tuesday, August 13, 2013

Pendaki Gunung Sesat Gara-gara Hand Phone Habis Cas!


Tiga pendaki yang bercadang menawan 14 puncak Snowdonia dengan berpandukan Google Earth dilaporkan sesat dan terpaksa diselamatkan gara-gara telefon bimbit mereka kehabisan bateri.


Media melaporkan semalam, pendaki terbabit cuma sempat menghantar mesej memaklumkan mereka tersesat dalam cuaca buruk ketika cuba menaiki puncak terakhir.

Penyelamat akhirnya menemui pendaki itu sejurus sebelum tengah malam dan menurunkan mereka dari ke Gunung Foel Fras setinggi 942 meter (3,091 kaki) ketika subuh.

Jurucakap penyelamat berkata, pendaki tidak sepatutnya bergantung kepada sistem elektronik untuk mengemudi perjalanan.

“Apa yang anda perlukan ialah peta dan kompas serta tahu menggunakan kemudahan itu,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan tiada seorang pun daripada tiga pendaki itu mempunyai pengalaman dan kemudahan yang dibawa mereka untuk ekspedisi pendakian “sangat terhad.”

Gambar pemandangan pergunungan Foel Fras.

-Agensi

2 comments

  1. mereka memang cari nahas
    bateri bukannya boleh tahan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila keberanian tidak disertai kebijaksanaan..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon