Saturday, August 24, 2013

Panas! Jehan Miskin Dituduh Pakai Simbol Salib


Jika sebelum ini pelakon dan penyanyi bibir seksi, Kilafairy pernah dikaitkan dengan foto berunsurkan lambang salib, terbaru seorang lagi pelakon lelaki iaitu Jehan Miskin turut dikaitkan dengan isu yang sama.

Panas! Jehan Miskin Dituduh Pakai Simbol Salib

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Jehan bertarikh 15 Ogos lalu, pelakon ini dilihat sedang berada disamping isterinya, di mana mereka kelihatan sedang memakai sepasang rantai dengan caption berbunyi:

(Baca: Asal Usul Lambang Fleur-de-lis)

Foto tersebut bagaimanapun menarik perhatian beberapa orang peminat, di mana ada segelintirnya mendakwa loket yang dipakai oleh pengarah drama What If itu adalah berbentuk salib dan meminta agar aktor berkenaan berhati-hati dalam soal pemilihan aksesori.

Panas! Jehan Miskin Dituduh Pakai Simbol Salib

Dalam pada itu, Jehan turut menerangkan bahawa loket yang dipakainya bukanlah simbol salib, malah simbol tersebut lebih dikenali sebagai fleur-de-lis ataupun paling mudah ianya boleh dilihat sebagai simbol pasukan pengakap. -Ohbulan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon