Thursday, August 22, 2013

Panas! Dania Danisha Berang Halim Othman Nafi Bercinta


Jika beberapa hari lalu tersebarnya foto mesra antara penyampai radio popular, Halim Othman dan wanita bernama Dania Danisha.


Kemesraan mereka membuatkan ramai yang mengatakan mereka sedang hangat bercinta namun Halim menafikan dia sedang bercinta dengan gadis tersebut.

(Baca: Dania Peminat Saya Bukannya Kekasih - Halim Othman)

Mungkin tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Halim, Dania bertindak memuat naik status di Facebook yang mendakwa dirinya bukanlah sekadar peminat personaliti yang juga deejay radio tersebut.

Selain itu, Dania turut mendakwa Halim ada menyatakan sanggup menunggunya untuk berkahwin dan mereka sudah berbelas kali keluar bersama di tempat berlainan.

Namun menurut Dania, dia menolak untuk berkahwin dengan Halim atas faktor umur yang hampir sebaya dengan kedua ibu bapanya.

Dibawah kami kongsikan status penuh yang dimuat naik oleh Dania.


Sumber: Beautifulnara

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon