Saturday, August 17, 2013

Misteri Lelaki Yang Ketawa Setiap Masa


Seorang lelaki berusia 63 tahun di Cannock, Staffordshire, UK adalah manusia yang tidak pernah berasa sedih dalam hidup.


Malcolm Myatt, menjadi begitu kesan penyakit strok yang dihidapinya.

Menurut Myatt, dia masih ingat yang dia pernah menjadi seperti manusia normal lain – berasa sedih apabila berlaku perkara yang tidak diingini namun kini dia tidak lagi dapat merasa emosi sedih itu.

Sebaliknya, dia sentiasa rasa gembira malah kadangkala tanpa sebab yang khusus.

Segala-galanya bermula selepas Myatt diserang strok pada 2004 hingga terlantar di hospital selama 19 minggu. Kesan serangan tersebut, bahagian yang mengawal emosi di otak Myatt rosak buat selama-lamanya.

Dia juga hilang upaya di bahagian lengan kiri dan tidak mampu berjalan jauh kerana terpaksa menggunakan tongkat.

Keluarga tidak menghadapi masalah dengan ‘kegembiraan’ sepanjang masa dipamerkan Myatt, cuma mereka berharap keadaannya difahami orang sekeliling di waktu-waktu tertentu seperti majlis pengebumian.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon