Sunday, August 18, 2013

Halim Othman Tayang Bakal Isteri?


Juruhebah popular tanah air, Halim Othman meledak popular bersama radio Era FM suatu ketika dahulu. Selepas itu, Halim Othman ditukarkan ke Sinar FM.


Tidak lama selepas itu jodohnya bersama Sinar FM berakhir dan Halim Othman sepi membawa diri.

Beberapa tahun yang lalu Halim Othman kembali membuat kemunculan semula di Suria FM. Dan sehingga kini, Halim Othman bersiaran pada waktu pagi bersama Adibah Noor.

Terdahulu Halim Othman juga perah digandingkan bersama Sharifah Shahira, Nabil, dan Kenchana Devi.

Biarpun hebat suaranya berkumandang di radio, tetapi sebagai seorang lelaki Halim Othman masih lagi teruna meskipun menginjak usia penghujung 40-an.

Terkini, Beautifulnara mendedahkan 3 keping gambar Halim Othman mesra bersama seorang gadis.

Dikhabarkan bahawa gadis itu merupakan bakal isteri Halim Othman. Gadis yang telah mencuri hati Halim Othman itu dikenali sebagai Dania Danisha.

Walau bagaimanapun, sejauh mana kebenaran gosip ini hanya dapat disahkan oleh tuan punya badan sendiri.

Apapun, semoga Halim Othman bertemu jodoh yang sesuai dan bahagia dengan kehidupannya hingga ke akhir hayat.

Mengenali Halim Othman lewat suaranya, memang tidak dapat dinafikan kredibilitinya sebagai seorang juruhebah radio.


-Beautifulnara

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon