Saturday, August 03, 2013

Cerita Hiba Di Sebalik Kemalangan Maut Mendiang Chua Boon Huat


“Dia merancang untuk berkahwin tahun ini atau tahun depan, namun, hajatnya kini tidak kesampaian,” kata Aliff Nur Najmi Chua, 42, abang sulung pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.


Kejadian berlaku di Kilometer 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Stesen LRT Kelana Jaya, di sini, kira-kira jam 2.25 pagi.

(Baca: Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Chua Boon Huat)

Boon Huat, 33, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di tengkuk selepas kereta Proton Perdana dipandunya melanggar belakang lori tangki air yang sedang menyiram pokok bunga.

Difahamkan, sebelum kemalangan, Boon Huat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perbadanan Hoki Malaysia bersama Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan media di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebelum keluar menemui rakan lain.


Aliff berkata, kematian pemain di posisi penyerang itu mengulangi tragedi yang menimpa ayah mereka kira-kira sembilan tahun lalu.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon