Friday, August 23, 2013

Black Mentor Bakal Melangsungkan Perkahwinan Pada 13 September 2013


Penyanyi Black Mentor yang kini ingin dikenali sebagai Black Hanifah telah mengumumkan tarikh perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Zebra Square, Kuala Lumpur.


Walaupun berdebar-debar, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, menjelaskan, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada bakal isterinya, Naquira Yasirah Mohd. Khairi, 28.

Mereka melangsungkan pertunangan pada 26 Januari lalu selepas dua bulan berkenalan.

Tidak menafikan terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapinya sepanjang tempoh pertunangan seperti gosip putus tunang, disihir dan terbaharu ditipu perunding perkahwinan sebanyak RM15,000.

Enggan mengulas lanjut tentang kes yang masih dalam siasatan pihak polis itu, Black kini hanya memberi fokus kepada majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tiga hari berturut-turut iaitu majlis pernikahan (13 September), majlis resepsi (14 September) kedua-duanya di Zebra Square manakala majlis keraian untuk peminat diadakan di Padang PPR Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk peminat (15 September). -Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon