Friday, August 23, 2013

Bayar Saman Anda Jika Tidak Mahu Lesen Memandu Di Batalkan!


Seramai 1.7 juta individu yang disenarai hitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan.


Tumpuan utama terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang dikatakan banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Op Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.

Pihak polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.

Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos lepas, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.

Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 32 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292.

Mereka yang telah disenarai hitam dan juga mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.

Panduan untuk menyemak saman PDRM Dan JPJ Secara Online Atau SMS

Antara cara-cara yang biasa di lakukan oleh pengguna di Malaysia adalah seperti berikut :

1) Semak saman PDRM Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada 3 cara untuk menyemak saman melalui SMS :

Cara #1

Taip: POLISSAMANNombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkannya ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728

Cara #2

Taip POLIS SAMANNo Plat kenderaan dan hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888

Cara #3

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728
 

2) Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM

1) Untuk yang sudah mendaftar - boleh login di sini
2) Untuk belum mendaftar sila daftar di sini

3) Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi

Sila klik link ini, Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan

4) Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS

Taip JPJ your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773

5) Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)

Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk menyemak saman anda. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :

Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad

Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, anda boleh terus login dengan username dan password anda

Untuk Pengguna yang pertama kali, anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.

Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)

Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta. Kemudian anda boleh hantar.

Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)

Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan

5) Untuk Pengguna Smartphone Android

Boleh download applikasi semakan saman di SINI

Pihak polis dan kerajaan sepatutnya memberikan pilihan kepada pemandu yang mempunyai saman tertunggak. Sama ada dengan membayar secara ansuran atau dengan cara lain yang memudahkan semua pihak, bukannya memburu mereka seperti seorang penjenayah ganas! Takut pula berlaku kezaliman terutamanya mereka yang 'kais pagi makan pagi'!

Seperti juga pihak polis, bukan semuanya 'jahat' dan jangan lupa pula, pemandu yang disaman bukan semuanya SUKA atau sengaja melanggar peraturan!


BACA INI JUGA: Najib Kata Derma Tak Salah?! SPRM Kata Rasuah!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon