Saturday, July 06, 2013

Unik! Rekaan Kapal Layar Dari Tulang Manusia Yang Menakjubkan


Info Unik Dunia. Siapapun pasti tidak mahu masuk ke dalam penjara kerana kebebasan yang terbatas serta sukar bertemu dengan ahli keluarga dan sememangnya ramai banduan yang merasa bosan.


Untuk menghilang kebosanan, ramai dikalangan banduan yang cuba menghasilkan karya seni di sebalik jeriji besi.

Salah seorang darinya adalah seorang banduan warga Perancis yang dikurung di dalam ruang bawah tanah semasa perang yang dipimpin oleh Napoleon. Dia telah mencipta sebuah karya berupa model kapal layar yang dibuat dari tulang manusia dan haiwan!

Bagaimana seorang banduan boleh membuat karya sehebat ini?

Banduan tersebut dikatakan membuatnya dari tulang-tulang haiwan sisa makanannnya. Satu persatu rangka kapal layar dibuat dan ketika memerlukan lebih banyak tulang, banduan Perancis tersebut menggali kubur di sekitar penjara dan mengambil tulang manusia yang tertanam.

Tulang-belulang tersebut kemudian direbus dan dikeringkan di bawah sinar matahari. Kemudian tulang yang besar digunakan untuk membina badan kapal, manakala tulang-tulang kecil digunakan untuk menyusun rangkanya. Selain tulang, banduan tersebut juga menggunakan kayu dan tisu tandas untuk membuat skrin.

Kapal layar buatan tangan ini direka dengan begitu teliti sehinggakan ramai orang akan merasa kagum apabila melihatnya.

Kapal yang sangat unik ini akan dilelong dengan harga USD10,000.

Dan jika anda ingin melihat dan berminat untuk membelinya, silalah berkunjung ke United States Naval Academy di Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat.


[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon