Sunday, July 07, 2013

Set Makanan Maharaja Patalia Dilelong RM9.58 Juta!


Satu set perkakasan makanan yang dikurniakan oleh bekas Maharaja Patalia telah dilelong oleh sebuah firma lelongan pada harga AS$3 juta (RM9.58 juta) di sini kelmarin.

Acara lelongan

Menurut firma lelongan Christie di London, kira-kira 1,400 keping set perkakasan makanan itu telah dibeli oleh seorang pengumpul yang tidak dikenali.

Set perkakasan seberat hampir 500 kilogram itu telah ditempah dari London sebagai penghargaan atas lawatan selama tiga hari keluarga diraja yang berakhir dengan jamuan yang indah pada 24 Februari 1922.

Setiap keping set makanan yang indah itu mempunyai sepuhan perak yang mempunyai hiasan rumit.

Sebahagian daripada set makanan Maharaja 
Patalia yang dilelong di London.

Ia dikurniakan oleh Maharaja Bhupinder Singh pada tahun 1922 untuk lawatan ke Patiala oleh Putera Wales yang merupakan King Edward VIII.

Christie dalam kenyataannya berkata, setiap keping set perkakas itu datang dengan corak skrol dan sempadan daun di atas barisan watak serta corak haiwan. Setiap set itu dipisahkan oleh pisau.

"Terdapat pelbagai jenis ukiran yang diukir dalam bentuk senjata, mahkota dan pelbagai huruf.

"Ia dijual sebagai sebahagian daripada Jualan Luar Biasa Rumah Lelong," kata firma lelongan Christie kepada BBC.-Agensi

[Sumber]

2 comments

  1. mati la lepas nie nak beli pinggan mangkuk

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...sentiasa panas,

    mcam mana nie harga pinggan lebih mahal daripada sebuah rumah.... fikir2 lah balik...huuhu..tp duit terlebih xper...

    mselim3

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon