Friday, July 05, 2013

Rakaman Video Kacau Isteri Orang Punca Anwar Batal Saman?


Benarkah rakaman perbualan telefon Anwar Ibrahim mengurat isteri orang yang akan dperdengarkan sewaktu perbicaraan menjadi punca Anwar menarik semula saman fitnah RM10 juta?


Anwar tarik balik saman terhadap Hamzah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Peguam Anwar, R.Sivarasa dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Hamzah, berkata dalam satu kenyataan bersama hari ini bahawa saman itu diselesaikan secara baik berdasarkan terma-terma sulit antara kedua belah pihak.

“Kedua-dua pihak memutuskan bahawa meneruskan tindakan undang-undang adalah tidak perlu dan tidak produktif dan perlu diingat mengenai senario politik pada masa ini dan tanggungjawab politik semasa mereka.

Sivarasa berkata sepanjang pengetahuan plaintif, kenyataan yang dipertikaikan telah tidak diulang dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membangkitkan lagi perkara ini.

Anwar memfailkan saman itu terhadap Hamzah pada 22 Ogos, 2008, yang pada ketika itu merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mendakwa dia mengeluarkan perkataan fitnah mengenainya yang disiarkan dalam satu artikel bertajuk "Anwar Mengganggu Isteri Saya" dalam akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos, 2008.

Saman itu ditetapkan untuk pendengaran hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop. -Bernama

Adakah Wan Azizah tidak mahu rakaman perbualan telefon Anwar mengurat isteri orang diperdengarkan dalam mahkamah?

JOM anda saksikan sendiri bukti-buktinya, layan video klip dibawah ini;



-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon