Wednesday, July 17, 2013

Punca Sebenar Bintang Glee, Cory Monteith Mati Adalah Kerana Dadah


Cory Monteith telah ditemui mati di sebuah bilik Hotel Fairmont Pacific Rim di Vancouver hujung minggu yang lepas.


Hasil siasatan telah mendapati punca sebenar kematian pelakon terkenal Hollywood itu adalah kerana penyalahgunaan dadah dan juga minuman keras.

Sebelum ini, Monteith pernah mendapatkan rawatan pemulihan secara sukarela kerana masalah ketagihan sejak berumur 19 tahun lagi dan tidak pernah menyorokkan perkara tersebut kepada umum.

Kali terakhir mendiang mendapatkan rawatan secara sukarela adalah pada April lalu.

Pihak polis enggan mengesahkan penemuan sebarang dadah di bilik yang Monteith menginap namun menolak kemungkinan ada pihak lain terlibat.

Monteith dijangka akan bersih sepenuhnya daripada masalah ketagihan apabila berada di Los Angeles di samping kekasihnya Lea Michele namun tabiat buruknya itu kembali selepas mendiang pulang ke Vancouver.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon