Monday, July 01, 2013

Program Pemodenan Helikopter Tempur Malaysia


Bercakap mengenai pembelian senjata strategik, teringatlah saya ura-ura kononnya Malaysia akan menghidupkan program helikopter tempurnya yang sudah tertangguh sejak dari tahun 1997 lagi.

A109 Agusta

Apa yang sudah berlaku di Sabah iaitu isu pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Kiram sebenarnya memberikan petanda yang nyata bahawa helikopter tempur ala-ala Apache ini perlu dihidupkan.

Helikopter tempur terbukti sangat efektif dalam menangani masalah insurgensi di Chennya, Afghanistan dan juga Iraq.

Dahulu, helikopter tempur buatan Afrika Selatan iaitu Rooivalk hampir saja memasuki perkhidmatan tentera kita tetapi atas sebab-sebab tertentu terutama kegawatan ekonomi menyebabkan projek itu tertangguh.

Tentera darat sudah pun ada Pasukan Tentera Udara Tentera Darat (PUTD) yang hari ini dilengkapi dengan pesawat helikopter “Fly By Wire” dari jenis A109 Agusta

A109 Agusta pernah terhempas?

Malaysia merupakan negara pertama di Asia yang menggunakan A109 ini, bagi saya ianya adalah pesawat yang serba canggih dan selamat.

Umum tidak pernah tahu bahawa sebuah A109 pernah terhempas di Kuala Kubu Baru ketika membuat ujian penerbangan (enjin dimati dan kemudian dihidupkan dalam ketinggian beberapa meter).

Kukuhnya badan A109 ini menyebabkan kru helikopter tersebut selamat tetapi pesawat terbabit mengalami kerosakkan.

Hal ini tidak diketahui orangramai kerana tidak sampai sejam, pasukan komando telah mengepung dan membawa keluar helikopter tersebut untuk dibaiki semula hehehe

Insiden ini terjadi sekitar tahun 2008 kalau tidak silap saya.

Helikopter tempur Malaysia ada bau-bau Rusia

Eurocopter Tiger

Sekarang ini kita tolak Rooivalk kerana kisah helikopter tempur dari Afrika Selatan ini sudah tidak boleh lagi dimasukkan dalam “Wish List” PUTD.

Helikopter tempur Tiger dari Eurocopter dikatakan sebagai calon yang popular untuk memasuki inventori tentera darat.

Saya akui Tiger ini sudah pun diuji penerbangannya oleh juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Bab ujian helikopter ini, memang juruterbang TUDM yang buat penerbangan kerana mereka lebih pakar dan berpengalaman walaupun helikopter tersebut akan dipakai oleh PUTD.

Saya malas nak mengulas isu helikopter Tiger ini kerana anda boleh google sendiri maklumat teknikal heli tersebut dan cerita konon-konon Malaysia minat sangat dengan pesawat ini sudah pun heboh diperkatakan oleh media sosial dan media tradisional kita.

Maka terpampang di dada media kita cerita-cerita mengenai helikopter Tiger ini.

Cuma tidak ramai yang tahu bahawa ada satu lagi calon yang cukup berbisa dan juruterbang TUDM kita telah pun menguji helikopter terbabit di Russia sekitar tahun 2009.

Helikopter tersebut adalah dari variasi Kamov KA-50.

Kamov KA-52

Oleh kerana maklumat ini sudah lama saya terima dan baru hari ini saya war-warkan kepada umum, saya sudah tidak ingat versi yang tepat yang sedang diuji ketika itu sama ada KA-50 atau versi KA-52.

Secara asasnya Kamov merupakan satu-satunya helikopter dalam dunia yang ada dua rotor utama serta mempunyai kerusi lenting sama seperti yang dipasang dalam jet pejuang moden.

Setakat inilah sahaja hikayat saya pada kali ini, anda mahu tambahan maklumat silalah bertanya kepada pakcik Google

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon