Thursday, July 11, 2013

Kelab Bola Sepak Nigeria Digantung Selepas Menang 79-0


Kelab Nigeria, Plateau United Feeders dan Police Machine FC, memerlukan kemenangan besar untuk melayakkan diri ke Division 3 Liga Nasional.


Dua kelab itu melakukannya dengan jumlah jaringan yang membuatkan penonton tercengang: Plateau United membenam Akurba FC 79-0 dan Police Machine membelasah Babayaro FC 67-0, Isnin lalu.

Secara kasarnya, satu gol tercipta setiap minit. Plateau United mengakhiri babak pertama dengan jaringan 9-0. Di babak kedua, mereka menggila dan meledak gol setiap 40 saat, berterusan selama 45 minit!

Persatuan Bola Sepak Nigeria (NFF) menolak keputusan pertandingan tersebut.


"Ini skandal besar," kata Wakil Presiden NFF Mike Umeh kepada akhbar harian Nigeria, The Nation, pada Rabu, 10 Julai 2013.

"Kejadian yang sangat memalukan ini belum pernah terjadi di Nigeria."

Persatuan, menurut Umeh, telah membekukan empat kelab yang terlibat. "Kami akan menyiasat kejadian ini," katanya.

Pengarah NFF Mohammed Sanusi mengatakan akan menjatuhkan hukuman berat pada setiap orang dan institusi yang terlibat mengatur pertandingan ini.

Jurucakap NFF, Ademola Olajire yakin ada rundingan berlaku diantara kelab-kelab tersebut tersebut.

"Namun kami belum tahu adakah keputusan ini melibatkan wang," katanya.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon