Sunday, July 21, 2013

Jangan Persoal Perceraian Saya - Sasha Elite


Bekas anggota kumpulan Elite iaitu Sasha Saidin berharap tiada pihak yang akan terus mempersoalkan punca dia bercerai dengan bekas suami, Salyo Priyanto pada 10 Julai tahun lalu.

Sasha Saidin

Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin, 37, berkata, adalah lebih baik dia tidak mendedahkan punca penceraian itu kerana menghormati bekas suaminya yang juga ayah kepada Adam Aryasenna Notosoemarsono, 4.

(Baca: Suami 'Tiada' Duit Punca Sasha Cerai Kali Kedua)

"Bagi yang mengenali rapat dengan saya, mereka tahu (punca penceraian). Jadi saya tak nak besarkan perkara ini kerana dia juga ayah kepada anak saya. Saya perlu hormati dia.

"Memang Salyo mempunyai sedikit masalah dan Insya-Allah dia boleh atasinya dengan baik. Walau bagaimanapun dia tidak pernah melupakan anaknya, itu yang paling penting," katanya.

Ditanya adakah dia akan menerima Salyo semula selepas ini, Sasha berkata, dia tidak mahu kembali ke pangkuannya lagi.

Tambah Sasha, dia bercadang untuk membawa anaknya berjumpa dengan bekas suaminya itu yang kini tinggal di Jakarta dalam masa terdekat.

"Sejak kami bercerai Salyo tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Walaupun nafkah anak tidaklah banyak mana, tetapi dia tetap berusaha untuk menunaikan tanggungjawabnya,” katanya.

Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007.

Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon