Monday, July 01, 2013

Giveaway Topup RM10 Top 5 Komen Terbanyak di SentiasaPanas.com


Bermula 1 Julai 2013, blog Sentiasapanas.com akan memberikan hadiah saguhati berupa Topup RM10 ~Celcom, Digi dan Maxis kepada Top 5 Pengomen Terbanyak di www.SentiasaPanas.com sebagai tanda penghargaan kami kepada pembaca dan pengunjung blog.


Hadiah saguhati ini, Insyaallah akan diberikan selagi hayat dikandung badan..:)

Tanpa membuang masa, jom baca syarat-syaratnya;

Syarat-syarat yang tersangat mudah:

1. Minimum perkataan untuk komen adalah 5 patah perkataan dan komen kurang daripada itu tidak akan diambil kira, jadi jangan pula ada sebarang bantahan ye..

2. Komen seperti ‘best entri ini’, 'saya suka blog ini’, ‘tuan punya blog ini terlalu hensem’ atau ‘saya saja singgah di blog ini’ atau yang seumpamanya juga tidak akan diambil kira.. :(

3. Komen yang mengandungi link tidak akan diambil-kira dan akan dibuang dari ruangan komen.

4. Anda tidak perlu membuat entri di mana-mana blog mahupun blog anda sendiri mengenai 'saguhati' ini.

5. Hadiah Saguhati ini bermula secara rasmi bermula 1 Julai 2013 dan Top 5 komen terbanyak (kecuali admin sendiri) pada setiap hujung bulan, 8 malam akan dikira sebagai pemenang. Pemenang akan diumumkan pada entri ini, ruangan Facebook FanPage dan Facebook Group.

6. Anda tidak wajib membuat komen atau sebarang pertanyaan di ruangan ini, kalau nak komen juga, dialu-alukan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila gunakan link HUBUNGI diatas atau hantar mesej kepada saya di Facebook.

7. Pemenang hendaklah menghubung sendiri pihak admin melalui mesej di Facebook apabila pemenang diumumkan.

Dah tau syarat-syaratnya? Senang kan? Jom komen..

*Hadiah saguhati boleh ditukarkan kepada wang tunai, terpulang kepada pemenang.

*Admin berhak meminda, menambah, mengurang sebarang syarat-syarat jika perlu.

Untuk pengetahuan pembaca, komen terbanyak akan dipaparkan di sebelah kanan sidebar dan akan dibuang sementara 7 hari (seminggu) sebelum hari terakhir setiap hujung bulan sebagai SURPRISE kepada setiap pengunjung blog yang ingin mengambil bahagian.

Jumlah komen yang dipaparkan akan dikira secara automatik dan telah disetkan samada 28, 29, 30 atau 31 hari bergantung kepada bulan tersebut.

Rasanya cukup setakat ini, selamat mengomen.. ;)

5 PEMENANG TOP COMMENTATOR UNTUK BULAN JULAI


1) Kucing Hitam
2) Mohd Selim Zainal
3) Norcahaya Ali
4) Wan Hayden
5) potia casadelarossa

Sila hubungi Admin untuk mendapatkan hadiah anda.. Klik sini..

Tahniah kepada pemenang..

PENGUMUMAN: Untuk sementara waktu ini, pihak SentiasaPanas terpaksa menghentikan pemberian GIVEAWAY TOPUP RM10 buat sementara waktu. Harap maaf diatas segala kesulitan.

~SentiasaPanas.com

13 comments

  1. pergh kucinghitam dijemput hahaha suka

    ReplyDelete
  2. admin pun termasuk sekali ker hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cuba-cuba juga la, manatau boleh menang hehe..

      Delete
  3. Assalammualaikum... sentiasa panas,

    moga anda sentiasa panas untuk menghasilkan entry yg berkualiti..k

    pape pun terima kasih kerana sudi invite mselim3 utk komen di sini....

    pls: dari sahabat utk sahabat...

    ReplyDelete
  4. satu matlamat yang baik.. moga manfaat kepada tuan blog

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum....sentiasa panas,

    mselim3 dah klik link tu.. dan dah message sentiasa panas... k

    mselim3

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum....sentiasa panas,

    mselim3 dah dapat top up RM 10 daripada hotlink ....

    Terima kasih bebanyak... budi sentiasa panas x dapat mselim3 membalasnya...

    Moga sentiasa panas , semakin panas.. dari hari ke hari... mselim3

    ReplyDelete
  7. lor.. aku menang ke? yahooooooooo !!!!!!!!!!!!!!!1 pakcik kayo !!! terima kasih kat admin... panas... panas... hahaha

    ReplyDelete
  8. Jangan lupa inbox di FB Tahniah..:)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon