Monday, July 01, 2013

Giler! Kelahiran Bayi Paling Terkenal Di Dunia Bakal Jana Pendapatan RM1.3 Bilion


Anak patung kangaru di Australia, mandian bayi di Amerika Syarikat, Air Terjun Niagara akan diwarnakan merah jambu atau biru. Semuanya gara-gara kehamilan Kate Middleton.

Antara cenderamata yang dijual sempena 
bakal kelahiran anak William, Kate.

Akhbar Washington Post mengisytiharkannya sebagai “bayi paling terkenal di dunia.” Apabila Kate - yang kini dikenali dengan gelaran Duchess of Cambridge - melahirkan anak pertamanyanya di Hospital Lindo Wing Of St Mary di Paddington tidak lama lagi, ia akan menjadi perhatian jutaan orang, termasuk di negara luar Britain.

Pewaris takhta pertama yang lahir dalam tempoh 31 tahun, cucu mendiang Puteri Diana itu dipuja seperti selebriti.

Justeru, tidak menghairankan apabila kelahiran bayi itu akan menjana perolehan AS$415 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia.

Di Britain, kegembiraan itu kekal dalam keadaan sederhana dengan pemerhati menunggu sehingga bayi terbabit lahir sebelum sebarang perayaan dirancang.

Namun, di seluruh dunia - di Amerika, India, Australia, New Zealand dan Kanada misalnya ‘demam’ itu mencapai puncaknya.

Minggu lalu sejumlah gambar bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard menjahit anak patung kangaru untuk anak Kate itu disiarkan media.

Namun, ia adalah sebahagian kecil daripada gambaran obsesi antarabangsa terhadap anak yang bakal lahir itu.

Antara puncanya, lawatan diraja pasangan Kate dan Putera William ke beberapa negara luar, selain sambutan Jubli Intan pemerintahan diraja Britain membantu melonjakkan profil mereka.

Bagaimanakah penduduk dunia membuat persediaan menyambut kelahiran bayi diraja itu?

Di seberang Lautan Atlantik, liputan meluas media menghangatkan rasa ingin tahu orang ramai, Minggu lalu, Kate muncul sebagai penghias muka depan hampir semua majalah di AS dan setiap butiran kehamilannya dilaporkan sebagai berita utama.

Akhbar di Kanada merancang menerbitkan edisi khas sempena kelahiran bayi itu nanti dan dijangka menjadi “berita paling panas dan mendapat perhatian tertinggi pada 2013.”

Saluran televisyen ABC News pula membuka buku lawatan khas untuk pengunjung laman sesawangnya. Lebih 5,000 orang - termasuk dari Kenya, Indonesia dan Qatar - sudah membuat catatan di situ.

Seorang peminat dari Filipina menulis: “Seluruh dunia tidak sabar menunggu untuk melihat si bayi.”

Siaran berita juga pelbagai - daripada berbentuk serius sehingga ke laporan mengarut. Di Sepanyol Kate sering menjadi penghias muka depan majalah Hola! dan menggelar bakal anaknya sebagai “masa depan monarki Britain.” -Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon