Tuesday, July 09, 2013

Gambar Comel Anak Diana Danielle


Ini merupakan kali pertama pelakon kacukan Melayu-Inggeris Diana Danielle Beeson, 22, berkongsi gambar anak lelakinya yang telah selamat dilahirkan di Australia pada Selasa lepas.


Sebelum ini aktres ini jarang-jarang sekali memuat naik gambar terbarunya sepanjang melanjutkan pengajian di sana sehingga menimbulkan spekulasi yang bukan sedikit di kalangan peminat industri hiburan tanah air.

Menerusi gambar yang dikongsikan di akaun Instagramnya, Diana membawa anaknya itu berjemur di luar untuk merawat jangkitan sakit kuning yang biasanya dialami oleh bayi yang baru lahir.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Diana dan suaminya, Farid Kamil Zahari di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Kita doakan sahaja yang terbaik buat kebahagiaan keluarga pasangan pelakon ini.

Semoga anak yang masih belum diberi nama itu menjadi seorang hamba Allah yang soleh di kemudian hari kelak.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon