Monday, July 22, 2013

Ashraf Muslim Mengamuk Dituduh Punca Wan Sakinah Pernah Putus Tunang


Masih dengan kisah rumah tangga Ashraf Muslim. Semalam menerusi program hiburan Melodi di TV3, seorang lelaki tampil bercerita dan mendakwa dirinya sebagai bekas tunang Wan Sakinah.


Lelaki itu mendakwa yang pertunangan beliau dan Wan Sakinah terputus kerana wanita itu menjalin hubungan sulit dengan Ashraf Muslim selain mendakwa hubungan mereka berdua telah pun terjalin lama.

(Baca: Panas! Wan Sakinah Pernah Putus Tunang Kerana Ashraf Muslim!)

Menerusi Kosmo! hari ini, Ashraf Muslim tampil menafikan semua dakwaan yang di’buat lelaki tersebut dan mengatakan semua cerita yang telah di’sampaikan adalah satu pembohongan.

“Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul”

“Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini.

”Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua”

“Apabila terlalu ramai yang cuba ambil ‘bahagian’ dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih,” tambah Ashraf Muslim lagi yang meminta semua pihak supaya menghormati & tidak masuk campur dalam soal ini.

-Rotikaya


2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon