Saturday, July 20, 2013

Apa Sebenarnya Maksud Bounce Rate?


Saya sudah pernah membaca di beberapa blog lain tentang apa itu Bounce Rate. Dan saya yakin juga ramai blogger lain yang sudah menulis tentang topik apa itu Bounce Rate. Tapi mungkin tidak ada salahnya jika saya menulis kembali apa itu Bouce Rate kan.


Apa itu Bounce Rate? Bounce Rate adalah suatu nilai dalam peratus iaitu jumlah pengunjung yang meninggalkan blog/website anda setelah membuka sebuah halaman. Darimana kita boleh mengetahui angka Bounce Rate tersebut? Kita boleh mengetahui Bounce Rate blog kita dari tools statistik, contohnya Google Analytics ataupun melalui akaun Alexa kita.

Jika anda menggunakan Google Analytics maka disana anda akan mendapat laporan Bounce Rate anda. Nilai biasanya berkisar dari 0% hingga 100%. Semakin kecil nilai Bounce Rate bererti semakin baik kerana bererti semakin sedikit pengunjung yang terus meninggalkan blog/website kita setelah membaca/membuka sesebuah halaman di blog anda. Ramai orang (termasuk saya) yang pada mulanya tidak tahu apa itu Bounce Rate dan menyangkakan Bounce Rate yang tinggi itu bagus, padahal sebaliknya.


Ada beberapa sebab kenapa pengunjung meninggalkan blog anda setelah membuka satu halaman saja, dalam hal ini yang menjadi penyebab mengapa Bounce Rate meningkat, diantaranya:
  • Pengunjung menekan tombol Back pada browser
  • Pengunjung menutup browser
  • Pengunjung membuka halaman lain dengan mengganti URL
  • Pengunjung mengklik salah satu link di halaman blog anda

Jadi bagaimana mengira Bounce Rate? Logikanya begini, kerana Bounce Rate ditampilkan dalam bentuk peratus, maka Bounce Rate adalah jumlah pengunjung yang terus meninggalkan halaman blog dibahagi jumlah pengunjung lalu didarabkan dengan 100%.

Kemudian yang menjadi pertanyaan ialah, apa penyebab pengunjung meninggalkan blog kita setelah membuka satu halaman? Jawabannya ada banyak sekali dan relatif, misalnya: kandungan dan tampilan yang kurang menarik, loading yang lambat dan pelbagai hal lagi.

Seterusnya, bagaimana cara mengurangkan Bounce Rate? Persoalan ini sebenarnya sama saja dengan pertanyaan bagaimana cara meningkatkan Page View. Ada banyak cara dan bergantung kepada kreativiti kita masing-masing.

Tetapi jika Bounce Rate tinggi, bukan bererti isi atau blog kita tidak menarik. Menurut pendapat peribadi saya, Bounce Rate yang semakin tinggi juga disebabkan oleh pengunjung yang melanggan kandungan blog kita, misalnya ahli-ahli Facebook FanPage dan Group kita.

Kerana secara logiknya jika seseorang melanggan kandungan blog kita maka dia akan mendapat 'notification' ketika ada artikel baru di blog kita. Ketika itu dia memutuskan untuk berkunjung, maka kemungkinan besar dia hanya akan membuka/membaca tulisan itu saja kemudian 'pergi'. Kan ini juga akan menambah Bounce Rate.

Itulah yang dapat saya rumuskan tentang apa itu Bounce Rate. Jika ada kesalahan atau ada yang kurang, dengan senang hati dipersilakan untuk komen dibawah.. [Sumber]

Edited by SP

4 comments

  1. Assalammualaikum... sentiasapanas,

    terima kasih atas ilmu nie... sangat bermanfaat.

    mselim3

    ReplyDelete
  2. Salam SP..singfah sini sebab nk tahu detail pasal bounce rate ..cr jt google jumpa blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan mkin tggi makin ok hehe silap paham rupanyerr

      Delete
    2. Blogger terkenal pun tak tau lagi ke..hehe

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon