Wednesday, June 12, 2013

Wayne Rooney Akan Berpindah Ke Chelsea?


Jose Mourinho memberi mesej penuh makna kepada penyerang Manchester United, Wayne Rooney dengan berkata: “Buatlah apa yang membuatkan kamu gembira.”


Penyerang England itu menyatakan hasrat untuk berhijrah ke pasukan lain menjelang musim baru nanti.

Lantas Mourinho yang baru dilantik semula sebagai pengurus Chelsea mengalu-alukan kehadiran Rooney di Stamford Bridge.

“Saya sukakan dia. Dia pada umur yang cukup bagus. Dia memiliki kematangan, luas pengalaman dan masih muda. Terpulang kepadanya dan apa kemahuannya, apa yang membuatkan dia gembira,” kata Mourinho.

Rooney, 27, dijangka bakal mengadakan perbincangan dengan pengurus baru United, David Moyes mengenai masa depannya di kelab itu.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon