Thursday, June 06, 2013

5 Tiang Bendera Paling Tinggi Di Dunia


Bendera adalah sepotong kain, sering dikibarkan di tiang bendera, umumnya digunakan secara simbolik untuk menggambarkan identiti sesebuah negara atau pertubuhan.

Dan tiang bendera juga tidak kurang pentingnya. Jom kita lihat tiang-tiang bendera tertinggi di dunia.

Tiang Bendera Panmunjeom, Flagpole Panmunjeom (North Korea)
160 meter

Panmunjeom

Tiang Bendera paling tinggi di dunia, setinggi 160 meter berada di Kijong-dong, Korea Utara.

Kedua belah pihak telah terlibat dalam perang bendera "flagpole war", dimana satu sama lain saling bersaing untuk mendirikan tiang bendera teringgi dan bendera paling besar di sempadannya untuk menunjukkan yang paling hebat.

Akhirnya Korea Selatan membiarkan pihak Korea Utara memenangi perang bendera ini dengan membuat tiang setinggi 160 meter dan bendera seberat 270kg untuk dikibarkan diatasnya.

Tiang Bendera Ashgabat, Flagpole Ashgabat (Turkmenistan)
133 meter

Ashgabat

Tiang bendera setinggi 133 meter ini terletak di depan bangunan Presiden Turkmenistan.

Tiang Bendera Raghadan, Flagpole Raghadan (Jordan)
126.8 meter

Raghadan

Raja Abdullah II membuat tiang bendera paling tinggi di Timur Tengah setinggi 126.8 meter (416 kaki) untuk memperingati hari kemerdekaan di Istana Raghadan.

Tiang Bendera Kesatuan Emirate Arab, Flagpole United Arab Emirate (UAE)
123 meter

UAE

Tiang bendera di UAE ini berdiri setinggi 123 meter (403.5 kaki). Tiang bendera ini terletak di bandar Abu Dhabi dan dapat dilihat secara langsung dari pantai teluk arab yang sejauh 60 km.

Tiang Bendera Brazil, Brazil Flagpole (Brazil)
100 meter

Brazil

Tiang bendera di Brazil ini mempunyai ketinggian 100 meter.

Tiang Bendera Padang Merdeka, Flagpole Merdeka (Malaysia)
100 meter

Padang Merdeka

Tiang bendera ini memiliki ketinggian 100 meter dan berkongsi kedudukan dengan tiang bendera di Brazil.

Ditempatkan di Dataran Merdeka atau Padang Merdeka yang juga dinamakan sempena memperingati hari kemerdekaan Malaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Penduduk Paling Ramai Tinggi Dan Rendah Di Dunia

sumber: zamrispoon

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon