Wednesday, June 05, 2013

Timun Berkesan Merawat Kanak-kanak Yang Mengalami Kecacingan


Timun ada pelbagai khasiat dan penawar. Kebanyakan orang suka memakannya kerana ia dianggap dapat menyejukkan badan.

Timun+Rawat+Kecacingan

Sebenarnya timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi dan Vitamin C.

Timun juga mempunyai banyak sekali kelebihan jika diamalkan selalu. Jom baca info dibawah.
  • Timun adalah sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sejak 3,000 tahun dulu.
  • Ia dimakan secara mentah dan segar, selain dijadikan bahan masakan.
  • Timun mengandungi 0.65 peratus protein, 0.1 peratus lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2 peratus, selain mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2 dan C.
  • Biji timun berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami kecacingan.
  • Timun banyak dijual di kebanyakan pasar, selain tergolong dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu.
  • Ia sejenis pokok yang memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar dan boleh membiak daripada biji benih.
  • Pokok berkenaan mempunyai batang bersegi empat, kuat dan berbulu, panjang boleh mencapai 2.5 meter.
  • Sistem perakaran yang kembang meluas tetapi cetek.
  • Daun pokok ini antara tujuh hingga 20 sentimeter (cm) panjang, berkeadaan kasar dan lebar.
  • Bunganya besar dan berwarna kuning, petal berbentuk loceng, bergaris pusat 3 hingga 4 cm dan jenis monoecious.
  • Buah timun bentuk bujur, buah muda berwarna hijau muda dan menjadi keperangan bila masak atau tua.
  • Jenis timun yang ditanam adalah kultivar Simpang Pulai yang mengeluarkan hasil 20 hingga 25 tan per hektar.
  • Tanaman berkenaan memerlukan suhu antara 18 hingga 35 darjah celsius dengan taburan hujan 300 mm per musim.
  • Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah berpasir sesuai dengan keasidan tanah pH 4.8 hingga 6.5.
  • Kawasan dibajak dan digembur, batas dibentuk selebar 1.2 meter dan tinggi 20 hingga 30 cm.
  • Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam ketika pembajakan pada kadar 3 hingga 7.5 tan per hektar (tanah gambut), 1 hingga 3 tan per hektar (tanah beris) dan 3 hingga 5 tan per hektar (tanah mineral).
  • Penanaman di ladang menggunakan biji benih dengan keperluan biji benih 1.3 hingga 1.4 kilogram.
  • Jarak tanaman adalah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara baris.
  • Kepadatan tanaman membabitkan 21,333 pokok dan penjarangan seminggu selepas menanam, manakala pemasangan junjung atau penyokong adalah dua minggu selepas menanam.
  • Jenis serangga perosak seperti kutu daun, kumbang daun, lalat buah, kulapuk Downy, kulapuk berdebu, lecuh anak benih dan Antraknos.
  • Masa kutipan hasil lima hingga enam minggu selepas menyemai dan mengeluarkan hasil 20,000 hingga 25,000 kilogram per hektar.
  • Tempoh kutipan hasil selama dua bulan atau 60 hari dan cara memungut adalah buah dipetik dengan tangkainya.

Berdasarkan kandungannya tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab kepada beberapa penyakit jika diamalkan selalu.

BACA INI JUGA: Petua Dari Dapur Yang Sangat Berguna

Sumber: Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon