Tuesday, June 04, 2013

Takziah! S Shamsuddin Meninggal Dunia Sakit Tua Dan Jangkitan Paru-paru


Pelakon komedi terkenal era 1950-an, seniman S Shamsuddin, 84, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.56 pagi tadi akibat sakit tua dan jangkitan paru-paru berair.


Mengikut laporan Bernama, perkara ini disahkan oleh anaknya sendiri, Noredah Shamsuddin kepada organisasi berita itu.

Allahyarham meninggal dunia pagi tadi di Hospital Alexendra dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.

Nama Allahyarham sememangnya tidak asing dengan filem arahan Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok bergandingan bersama seorang lagi artis veteran terkenal iaitu Datuk Aziz Sattar.

Pemergian Allahyarham pastinya merupakan satu kehilangan yang besar pada dunia seni tanah air dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Takziah diucapkan buat semua ahli keluarga pelakon komedi ini. Al-Fatihah.

-Mynewshub

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon