Monday, June 10, 2013

Tahniah! Diana Danielle Selamat Melahirkan Anak


Pelakon Diana Danielle sudah bersedia untuk berkongsi perkhabaran gembira dengan para peminatnya di tanahair. Diana yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Sydney, Australia pada akhir Mei lalu.


Memetik laporan berita Kosmo! Online, Diana yang ketika ini menyambung pelajaran di dalam Sarjana Muda Asas dan Rekaan di University of Sydney khabarnya bersalin di sebuah hospital berdekatan kediamannya di kota tersebut.

Heroin filem ‘Magika’ itu mengahwini aktor dan pengarah filem, Farid Kamil pada November tahun lalu. Susulan majlis resepsi mereka, pasangan ini mengumumkan berita tentang kehamilan Diana tidak lama sebelum dia membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sydney.

Farid yang kini dipercayai berada di Sydney untuk bersama dengan isteri tercinta dan putera sulung mereka telah berbesar hati berkongsi sekeping gambar dengan permata hatinya buat tatapan peminat di laman Facebook peribadinya pada petang Ahad.

Walaubagaimanapun, usaha Yahoo! Malaysia untuk mendapatkan komen daripada pasangan ini gagal. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan yang baru sahaja melangkah ke dunia baru dan pertama kali bergelar ibu ayah.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon