Monday, June 10, 2013

Siapa Penyebar Palsu Diana Danielle Dah Beranak?


Entah siapa la yang memandai sangat sebar berita kononnya Diana Danielle dan Farid Kamil sudah menimang cahaya mata. Buat kacau betullah.


Selepas Farid buat penafian hari ni (atau semalam??), agaknya baru nak reda berita tersangatlah palsu ini. Sehinggakan David Teo pun terpaksa keluar statement menafikan kelahiran insan baru dialam kita yang tercemar ini..wei David Teo? Apa lagi David Teo mau? ~ ahaks gurau je..

Berikut adalah penafian daripada mereka-mereka yang berkenaan, bacalah supaya anda tidak lagi tertanya-tanya..;)

Farid Kamil Akhirnya Bersuara

Akhirnya Farid Kamil membuka mulut tentang spekulasi konon isterinya, Diana Danielle telahpun melahirkan bayi lelaki hujung bulan lalu di Australia.

Melalui satu video Keek milik syarikat tempatnya bernaung, Farid Kamil memberitahu bahawa Diana Danielle ketika ini sedang dalam proses matang kandungan dan masih berada di Australia dan dijangka akan bersalin pada 15 Julai 2013 ini.

”Orang kata apa, Err (Diana Danielle) sedang menjalani proses matang kandungan selama berada di sana. Dijangka lahir bulan 7 insyaAllah, 15 haribulan. Sama-sama kita doakanlah.

”Saya pun masih berada di Malaysia lagi untuk selesaikan kerja-kerja saya.

”Terima kasih atas doa-doa dan sokongan yang telah diberikan kepada saya. In advanced!

Jadi spekulasi yang tersebar semalam berpunca dari artikel sebuah akhbar tabloid negara ini jelaslah tidak benar dan jelas sekali Diana Danielle masih belum melahirkan anak.


Itu Bukan Anak Farid, Kata David Teo


Susulan daripada pelbagai spekulasi yang timbul berhubung sekeping foto yang dimuat naik oleh Farid Kamil bersama seorang bayi lelaki semalam, akhirnya segala kontroversi tersebut terjwab apabila David Teo mengesahkan bahawa bayi dalam gambar itu bukan anak Farid dan Diana.

Menurut David Teo, baru-baru ini dia ada melawat pelakon tersebut di kediamannya di Bandar Saujana Putra, dan pada ketika itu beliau ada bertanya kepada Farid soal perancangan pelakon itu dalam menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.

Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Ini kerana, kalau ikutkan tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya di Bandar Saujana Putra, seperti yang diketahui ramai Farid patah tulang bahu selepas terjatuh daripada motosikal baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, saya bertanya dia mengenai perancangannya menyambut anak sulung.

Saya juga ada bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia. – Ujar David Teo menerusi laporan akhbar Berita Harian hari ini.

Apapun kita doakan semoga urusan Farid dan Diana dipermudahkan. Selamat jadi papa & mama in advanced juga!

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon