Thursday, June 06, 2013

Selain Jet Peribadi Seekor Kucing Turut Mempunyai 27,000 Pengikut Twitter!


Pengarah kreatif, Karl Lagerfeld mengakui jatuh cinta dengan kucing peliharaannya yang dikenali sebagai Choupette.

Selain mempunyai tiga pembantu rumah, Choupette 
turut disediakan jet peribadi oleh pemiliknya.

Menurutnya, Choupette merupakan seekor kucing Siam berwarna putih dan kini berusia satu tahun dan ia merupakan hartanya yang paling berharga.

Demi kecintaannya terhadap haiwan itu, Lagerfeld turut menyediakan kakitangan khas untuk menguruskan haiwan itu.

Keperluan Choupette diuruskan oleh tiga pembantu rumah.

Beliau menugaskan pembantu rumah berkenaan untuk mencatatkan segala aktiviti Choupette sekiranya Lagerfeld berada di luar kawasan supaya pengarah itu boleh menyemak aktiviti kucing kesayangannya.

“Saya tidak pernah terfikir boleh jatuh cinta dengan kucing seperti ini,” kata Lagerfeld.

Pengarah itu turut menambah, kucing kesayangannya itu juga mempunyai jet peribadi untuk terbang ke mana-mana destinasi.

Selain mempunyai pembantu sendiri, Choupette turut mempunyai pengikut 27,000 di Twitter.

Kucing itu mempunyai bantalnya tersendiri dan akan makan bersama Lagerfeld dua kali sehari.

Uniknya, makanan yang disediakan juga bukan makanan kucing biasa tetapi ianya dimasak secara istimewa.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon