Wednesday, June 26, 2013

Saya Halalkan Hutang RM5,000 Shahz Jaszle - Neelofa


Tidak berniat mahu memanjangkan isu hutang pelakon Shahz Jaszle terhadapnya, pelakon dan pengacara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor akui sudah pun menghalalkan hutang sebanyak RM5,000 kepada aktor tersebut.


Neelofa berkata, hutang sebanyak iyang dibuat oleh Shahz Jaszle sejak 2 tahun lalu itu telah didiamkan begitu sahaja oleh aktor tersebut selepas mereka tidak berhubung sejak lebih setahun yang lalu.

“Memang dia ada berhutang dengan saya dengan jumlah wang yang sebanyak itu tetapi ianya sudah berlalu sejak tahun lalu. Selepas itu kami tidak bercakap atau berhubung, jauh sekali berjumpa di dalam set penggambaran bersama.

(Baca: Panas! Skandal Shahz Jaszle Dan Neelofa Pula!)

“Senang kata kami lost contact atau tidak berhubung lebih setahun, malah dia juga tidak ada menghubungi saya pun untuk membayar balik hutang itu. Bila perkara ini diketahui umum, saya pun tidak mahu memperbesarkannya lagi dan saya halalkan sahaja hutangnya itu,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Neelofa diminta mengulas mengenai isu hutang tersebut selepas sebuah artikel daripada Murai Batu yang mengatakan bahawa pelakon wanita itu mahu menuntut hutang berkenaan daripada Shahz Jaszle.

Meskipun Neelofa sudah menghalalkan hutangnya itu, namun pelakon filem Azura ini memberitahu dia masih terima jika Shahz Jaslze masih mahu membayarnya.

“Jika dia tidak mahu membayarnya saya boleh sahaja halalkannya kerana tidak mahulah ianya menjadi kecoh begini. Tetapi jika dia mahu membayarnya, tangan saya terbuka luas untuk menerimanya,” jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan terbarunya, Neelofa bakal menjalani penggambaran sebuah filem arahan Kabir Bhatia bersama pelakon Sharnaaz Ahmad menjelang bulan ramadan ini.

-Murai

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon