Friday, June 21, 2013

Radioaktif Pembunuh Dari Debu Chernobyl Kemalangan Nuklear Paling Tragik


Tanggal 26 April 1986 punya sejarahnya yang tersendiri pada seluruh penduduk di dunia. Pada tarikh itu, sejarah dunia tercatat apabila berlakunya letupan jana kuasa di Chernobyl, Rusia iaitu kira-kira 27 tahun lalu.

Chernobyl disaster

Kemalangan nuklear ini merupakan kemalangan paling serius dan tragik yang pernah terjadi dalam sejarah penggunaan tenaga nuklear.

Tragedi ini telah menyebabkan pembebasan sejumlah besar kuantiti bahan radioaktif ke udara persekitaran sehingga berlaku pencemaran serta-merta ke atas kawasan seluas lebih 100,000 kilometer persegi (km2).

Tidak dapat dipastikan jumlah kematian sebenar akibat tragedi itu, namun Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan angka korban hampir mencecah 100,000 orang.

Chernobyl disaster

Walaupun telah hampir 27 tahun berlalu, namun kesan letupan berkenaan masih terasa sehingga kini. Seluruh alam sekitar tercemar dengan kesan radioaktif terutamanya manusia walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya.

Mengikut rentetan peristiwa kemalangan ini, reaktor loji nuklear ini secara tiba-tiba mengalami pertambahan pengeluaran kuasa secara mendadak.

Chernobyl disaster
Chernobyl disaster

Keadaan itu berlaku akibat daripada sedikit kegagalan fungsi alatan dalam reaktor itu lalu menyebabkan kebocoran uranium.

Kebocoran tersebut telah menyebabkan tekanan teras reaktor nuklear menjadi tidak stabil dan akhirnya berlakulah letupan yang amat dahsyat. Ia telah menyebabkan sinaran radiasi telah tersebar meliputi 100,000 km2 merangkumi Belarus, Ukraine dan juga Rusia.

Kebakaran yang tercetus itu melepaskan kepulan asap yang dipenuhi radioaktif ke dalam atmosfera dan ke seluruh kawasan yang besar termasuk Pripyat.

Kepulan asap itu tersebar ke merata tempat di rantau barat Kesatuan Soviet dan Eropah. Ratusan atau mungkin ribuan orang dipercayai terkorban akibat bencana itu, yang seolah-olah memberi alamat akan kehancuran Soviet Union, empayar komunis terbesar dunia yang kini berada di dalam negara Ukraine.

Chernobyl disaster

Sewaktu kejadian berlaku, pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat dalam masa satu hari selepas kejadian tersebut.

Di sebabkan pencemaran itu masih ada, sehingga ke hari ini bandar itu telah ditinggalkan tanpa penghuni. Ia seolah-olah seperti bandar berhantu dengan binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.

Dianggarkan hampir 200,000 orang penduduk terkorban sama ada akibat letupan, kebakaran ataupun penyakit kesan daripada pendedahan akibat radiasi.

Malah, binatang turut menjadi korban dan beberapa bukti telah wujud iaitu kelahiran anak lembu yang tidak cukup sifat akibat mutasi genetik yang berlaku akibat radiasi tersebut.

Sebelum ini, bandar ini dikenali sebagai bandar perindustrian tenaga kerana kewujudan sebuah reaktor nuklear di tengah-tengah bandar tersebut. Malah, kebanyakan penduduk bandar adalah pekerja di reaktor tenaga nuklear Chernobyl.

Malah dipercayai, letupan loji nuklear ini melepaskan tenaga 400 kali lebih kuat daripada bom atom di Hiroshima, Jepun yang menyebabkan krisis kematian yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Sehingga kini, hampir lima peratus daripada belanjawan Ukraine dikhususkan kepada bencana ini bagi mengatasi kesan ledakan seperti kanser akibat terkena radiasi.

Secara mudah, radioaktif ialah pelepasan radiasi yang terdiri daripada sinar gama, beta dan alfa. Setiap objek di bumi ini mempunyai radiasi, namun yang membezakannya ialah tahap tinggi dan rendahnya sahaja.

Sekiranya sinar tersebut melebihi had selamat, ia mampu mendatangkan bahaya kepada manusia.

Sisa nuklear yang tertinggal adalah bahan radioaktif semata-mata. Dalam kuantiti yang sedikit, ia mungkin tidak berbahaya kepada umum.

Namun, sekiranya pengekstrakan unsur dilakukan dalam kuantiti yang banyak, perkara ini secara langsung akan menyebabkan sisa yang mengandungi bahan radioaktif secara total akan turut bertambah.


Dan malangnya, kesan radiasi jangka panjang yang dialami oleh penduduk Chernobyl seperti kerosakan DNA, mutasi genetik, serta terdedah kepada penyakit leukimia atau barah boleh berulang sekiranya sisa radioaktif ini tidak diuruskan dengan sempurna.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Senjata Rahsia Yang Tidak Pernah Di Siapkan?

Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster
Chernobyl disaster

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon