Wednesday, June 05, 2013

Pasangan Sehidup Semati Berpakaian Sedondon Selama 33 Tahun


Kebanyakan daripada kita tidak berapa menyukai sekiranya pakaian yang dipakai turut dikenakan oleh individu yang lain dalam sesebuah majlis yang dihadiri.


Tetapi situasi ini berlainan buat pasangan suami isteri yang berasal dari Massachusetts, Amerika Syarikat ini.

Melalui sumber The Sun, Donald dan Nancy Featherstone lebih senang tampil berpakaian sedondon sejak 35 tahun lalu demi membuktikan rasa cinta dan kasih sayang mereka di antara satu sama lain.

Pada permulaannya, mereka hanya berpakaian sama pada hujung minggu namun lama-kelamaan mereka mula menyukai idea tersebut dan kini setiap hari mereka masih mengamalkan tradisi yang diilhamkan sejak tiga dekad lalu.

Pasangan ini gemar membeli pakaian yang dikhususkan buat pasangan kembar demi merealisasikan impian mereka itu selain Nancy menjahit sendiri pakaian mereka yang setakat ini sudah mempunyai lebih 600 koleksi.


‘Sweet’ je kan, mana tahu ada pasangan di sini pula yang mahu mencontohi idea mereka ini pula kan..

-Mynewshub

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon