Thursday, June 20, 2013

Panas! Chef Selebriti Terkenal Nigella Lawson Di Cekik Suami


Suami kepada chef selebriti terkenal Nigella Lawson, Charles Saatchi mengakui mencekik leher isterinya ketika mereka sedang menjamu selera di sebuah restoran, baru-baru ini.


Menurut sumber Mirrors, pasangan terbabit dilaporkan bergaduh kecil di kawasan tumpuan umum tersebut apabila Lawson dilihat menangis sambil mengelap tangisannya dengan menggunakan napkin.

Kesemua gambar-gambar kontroversi itu telah ditangkap oleh paparazzi yang sentiasa memantau pergerakkan chef terkenal tersebut.

Bagaimanapun, Saatchi mengatakan perbuatan mencekik isterinya itu bukan bertujuan untuk mencederakan Lawson sebaliknya hanya memegang leher isterinya ketika mereka sedang berbincang mengenai hal anak-anak mereka.


“Lawson menangis kerana kami tidak suka bertengkar, bukan disebabkan dia dicederakan. Kami sudah berbaik ketika dalam perjalanan balik ke rumah,” katanya.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon