Saturday, June 01, 2013

Panas! Bashar Al-Assad Mengakui Peluru Berpandu S-300 Sudah Berada Di Syria


Presiden Syria, Bashar al-Assad mengaku dalam satu wawancara yang disiarkan semalam bahawa Rusia telah menghantar sistem pertahanan peluru berpandu yang canggih ke negaranya.

Gambar fail sistem pertahanan peluru berpandu S-300 milik Rusia.

Stesen penyiaran Al-Manar yang menyiarkan wawancara itu mendedahkan jawapan Bashar berhubung isu penjualan senjata Rusia kepada negara itu.

"Semua perjanjian dengan Rusia akan dihargai dan sebahagiannya telah pun dilakukan," kata Bashar seperti yang disiarkan dalam kenyataan stesen berkenaan.

Bashar memberikan jawapan itu apabila dia ditanya tentang peluru berpandu S-300 yang dikeluarkan Rusia.

Stesen Al-Manar merupakan rangkaian televisyen untuk pergerakan Hezbollah yang merupakan rakan sekutu rapat Bashar.

Rusia merupakan rakan sekutu yang paling kuat Bashar sebelum ini tidak membuat kenyataan bagi mengesahkan sama ada pihaknya telah menghantar sistem peluru berpandu itu ke Syria.

Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon pernah memberi reaksi dengan menyatakan rejim Zionis mengetahui apa yang perlu dilakukan jika Rusia menghantar peluru berpandu itu ke negara berkenaan.

Perkembangan terbaharu itu mencetuskan kebimbangan bahawa perang saudara di Syria akan merebak ke Lebanon.

Perang yang bermula pada Mac 2011 itu telah menyebabkan lebih 94,000 orang terbunuh.

Ia berlaku ekoran sebahagian penduduk tempatan bangkit menentang kepimpinan Bashar.

Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran termasuk demokrasi.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon