Saturday, June 29, 2013

Nenek Saman Cucu Penipu


Seorang warga emas, Sarah Weinberg, 73, menyaman cucu perempuannya selepas wanita itu menipunya dengan menjual dua hartanah mewah miliknya dan turut menghalau dia keluar dari rumah tersebut.


Sarah mendakwa, tindakan yang dilakukan oleh cucunya, Danielle Kaminsky ke atasnya itu telah memaksa dia mengemukakan tuntutan saman berjumlah $16 juta.

“Saya berjaya menyelamatkan diri daripada Nazi, terselamat daripada nahas pesawat dan pernah dilanggar oleh kereta, namun apa yang dilakukan oleh cucu saya ini amat menyedihkan.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan dia tetapi saya tidak mahu bercakap buruk mengenainya,’’ kata Sarah.

Dalam fail tuntutan saman yang dikemukakan di Mahkamah Manhattan, Sarah berkata, Danielle, yang juga seorang broker hartanah yang cantik, telah berkomplot dengan menantu dan peguamnya untuk menipu.

Ia merlibatkan dua bangunan apartmen yang dimilikinya sejak berdekad-dekad lalu.

“Danielle meminta saya mengemas, itu sahaja,’’ katanya.

Jelas Sarah, penipuan itu berlaku ketika Sarah menetap bersama anak perempuannya, Iris dan juga cucunya Danielle.

Anak serta cucunya itu, kata Sarah telah berpindah ke kediamannya selepas dia dilanggar oleh kereta dan ketika itu bangunan berkenaan dalam proses pembiayaan semula.

Danielle, 23, dikatakan telah menyebabkan kebimbangan, ketakutan dan kekeliruan kepada neneknya itu dalam usaha memujuk wanita tua itu menual bangunan berkenaan.

Bangunan itu dijual pada bulan Mei lalu kepada rakan kepada bapa Danielle pada harga S3.5 juta walaupun kos sebenar dianggarkan $5.3 juta.

Sementara bapa Danielle, Davi Kaminsky yang juga seorang ejen hartanah telah dibayar komisyen sebanyak $200,000 selepas pertukaran hak milik dijalankan.

Dalam pada itu, peguam Sarah, Kenneth Glassman, berkata, anak guamnya itu berhijrah ke Eropah pada 1939 ketika dia masih kecil bagi melarikan diri daripada Nazi.

-Mynewshub

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon