Tuesday, June 18, 2013

Misteri Bayi Lahir Dalam Kubur


Info Misteri. Pada awal tahun 2003, mayat seorang wanita yang sudah reput telah ditemui terdampar di teluk San Francisco, Amerika Syarikat.

Misteri Bayi Lahir Dalam Kubur

Tidak jauh dari situ, mayat seorang bayi yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat turut ditemui.

Berdasarkan kepada bukti pengenalan diri, mayat wanita tersebut dikenal pasti sebagai Laci Peterson, seorang warga tempatan yang berusia 28 tahun.

Scott Peterson dan Laci Peterson

Dia telah dilaporkan hilang sejak penghujung tahun 2002 ketika sedang hamil lapan bulan.

Hasil bedah siasat mendapati, terdapat unsur jenayah di dalam kes kematian ini. Kesan kecederaan fizikal menunjukkan wanita tersebut telah dibunuh menggunakan senjata tajam. Dia dipercayai mati ditempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan dipesisir pantai teluk San Francisco.

Pihak berkuasa tempatan telah menahan seorang suspek lelaki benama Scott Peterson yang juga suami wanita tersebut. Dia dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan ini dan telah dibicarakan atas kesalahan membunuh dengan niat. Motif kejadian adalah disebabkan kecurangan dan kes tersebut telah mendapat liputan meluas daripada pihak media Eropah.


Namun, disebalik kejadian menyayat hati ini, masih terdapat pelbagai persoalan yang membingungkan semua pihak.

Perkara yang terus menjadi tanda tanya ialah bagaimana bayi tersebut dilahirkan dan mengapa kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan terpisah.

Kes ini menjadi bertambah rumit apabila keputusan pembedahan forensik menunjukkan wanita tersebut meninggal dunia terlebih dahulu sebelum melahirkan bayinya.

Justeru, pelbagai spekulasi mula timbul dan cuba dikaitkan dengan misteri yang menyelubungi kelahiran bayi tersebut. Namun pasukan patologi kekal dengan keputusan mereka dengan menyatakan bahawa fenomena coffin birth adalah alasan yang paling mungkin untuk dikaitkan dengan kes ini. Dengan kata lain, bayi berkenaan lahir selepas beberapa hari ibunya meninggal dunia.

Persoalannya, adakah seorang wanita yang meninggal dunia dalam keadaan hamil mampu melahirkan bayi dalam kandungan selepas kematian mereka?

Dalam dunia perubatan, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku. Ia adalah satu fenomena yang benar-benar wujud dan diistilahkan sebagai Coffin Birth.

Fenomena ini adalah proses kelahiran spontan yang terjadi kepada seorang wanita hamil yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya, kelahiran tersebut berlaku beberpa hari atau minggu selepas mayat dikebumikan.

Kebanyakan kes melibatkan usia kandungan melebihi 30 minggu dan keatas.

Dalam proses perubatan, biasanya bagi seorang wanita hamil yang meninggal dunia, bayi didalam kandungannya tidak akan dikeluarkan sekiranya disahkan sudah tidak bernyawa. Dengan kata lain, mayat akan dikebumikan sebagai seorang wanita hamil dan perkara inilah yang memungkinkan fenomena Coffin Birth berlaku.

Disebabkan itulah, terdapat beberapa kes, mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui terpisah dari ibunya dalam makam yang sama.

Menurut pakar, perkara tersebut boleh terjadi apabila gas terbentuk secara semula jadi didalam perut ketika proses pereputan berlaku. Gas ini akan memberikan tekanan yang cukup kuat bagi mendorong bayi didalam kandungan keluar dari rahim ibunya yang telah meninggal dunia.

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon