Tuesday, June 04, 2013

Memalukan! Gelaran Juara Miss Universe Kanada Di Tarik Balik Kerana Salah Ejaan


Denise Garrido, 26, hanya sempat menjadi Miss Universe Kanada selama 24 jam sahaja. Selepas tempoh berkenaan, gelaran itu bertukar tangan kepada pemenang sebenar, Riza Santos, 26 dari Calgary.

Denise Garrido.

Semuanya akibat kesilapan ejaan dalam komputer hingga menjejaskan keseluruhan markah yang diberikan kepada lima peserta teratas daripada 57 peserta dalam pertandingan berkenaan.

Menurut ratu sehari itu, dia mengesyaki ada yang tidak kena apabila menerima panggilan yang memintanya menghadiri satu mesyuarat tergempar.

“Jantung saya seolah-olah akan karam apabila mereka mengumumkan bahawa berlaku kesilapan. Saya bingung dan suara saya terketar-ketar. Kisah dongeng ini hanya berlaku dalam 24 jam dan menjadi mimpi ngeri,’’ katanya.

Menurut Garrido, dia cuba melihat perkara itu daripada aspek positif dan cuba mengendalikan situasi ini dengan baik.

“Ia merupakan satu cabaran namun menjadi cerita yang menarik kepada kaum wanita bahawa bahawa saya menjadi Miss Universe, bukan untuk seluruh tahun. Ia tidak akan mengubah hakikat bahawa saya menjadi mangsa,’’ katanya.

Dalam pada itu, penganjur pertandingan itu, Beauties of Canada telah memohon maaf kepada Garrido berikutan kesilapan tersebut.

Denise Garrido dan Riza Santos.

Menurut pengarahnya, Denis Devila, kesilapan itu disedari ketika proses pengesahan dilakukan.

“Miss Garrido merupakan contoh terbaik yang kita cari untuk Miss Universe Kanada. Kita yakin dia akan terus berjaya dalam apa jua yang dilakukannya,’’ katanya.

Ini bukan kali pertama Miss Universe Kanada mencetuskan kontroversi.

Tahun lalu, salah seorang pesertanya, Jenna Talackova telah dilarang mengambil bahagian dalam pertandingan akhir selepas mendapati dia melakukan pembedahan jantina dan tidak dilahirkan sebagai wanita.

Namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari selepas itu selepas mendapat bantahan orang ramai.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon