Friday, June 07, 2013

Lelaki Teruja Di Peluk Gadis Terkedu Hilang Dompet


Dakwaan bahawa memeluk tidak memerlukan sebarang bayaran terbukti silap bagi seorang pekerja warga asing di Abu Dhabi.

Gambar hiasan

Warga India, Noushad kerugian Dh29,000 (RM24,300) apabila seorang wanita berpakaian abaya mencuri dompetnya selepas memeluknya dalam sebuah lif baru-baru ini.

Kejadian berlaku siang hari di sebuah bangunan di kawasan Kelab Pelancong.

Noushad, 48, jurunilai kenderaan dengan sebuah syarikat insurans berkata, dia begitu terkejut apabila wanita yang berbahasa Arab itu tiba-tiba memeluknya.

“Kejadian bermula kira-kira jam 1.40 petang (waktu tempatan) ketika saya hendak menyeberang jalan untuk memeriksa sebuah kenderaan. Wanita itu mendekati saya dan meminta meminjamkannya pen.

“Dia kemudian mengajak saya menemaninya ke dalam bangunan AL Raed dan membantu mengisi borang berbahasa Inggeris. Dia mendakwa tinggal di situ bersama keluarganya dan ingin mendapatkan bantuan kerana tidak boleh membaca atau menulis bahasa Inggeris. Dia kelihatan begitu jujur,” kata Noushad.

Menurutnya, sebaik memasuki lif, wanita itu berubah menjadi penggoda dan memeluknya dengan erat.

-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon