Tuesday, June 11, 2013

Khidmat Dakapan Profesional Sehingga Pelanggan Tertidur


Percayakah anda, di Britain kini muncul satu kerjaya baru yang diberi nama sebagai khidmat dakapan.


Walaupun bunyinya macam menjurus kepada aktiviti perniagaan seks namun sebenarnya, khidmat dakapan ini tidak terlibat dengan aktiviti pelacuran sebaliknya mereka hanya memberikan perkhidmatan memeluk individu untuk satu tempoh waktu yang ditetapkan dengan syarat, pelanggan tidak boleh merangsang nafsu berahi mereka.

Dipercayai, kerjaya ini muncul akibat keruntuhan ekonomi di Eropah. Setakat ini, caj yang dikenakan untuk satu jam dakapan adalah $35 paun.


Menurut seorang pendakap profesional, Jackie Samuel, khidmat yang diberikannya lebih kepada satu bentuk terapi untuk menenangkan seseorang.

Walaupun pelanggannya membayar $35 paun untuk dipeluk, namun kepuasan melegakan perasaan akan diperoleh mereka.

Menurut Jackie, pelanggannya terdiri daripada golongan yang kematian pasangan dan golongan yang runsing dengan pelbagai masalah.


Lazimnya, dia diperlukan untuk memeluk pelanggannya hingga mereka terlelap atau berasa tenang semula.

Menurut beberapa agensi keselamatan pekerjaan di Eropah, profesion sebegini sebenarnya agak berisiko dan boleh mendedahkan pengamalnya dengan bahaya rogol dan cabul.

Keadaan ini bertambah risiko apabila latar belakang pelanggan yang diterima itu tidak diketahui mentalnya.

BACA INI JUGA: Zahia Dehar Sundal Bawah Umur Yang Meniduri Orang Kaya

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon