Friday, June 14, 2013

Kenapa Kita Di Larang Meniup Air Minuman Atau Minum Dengan Satu Nafas?


Info Kesihatan. Kita pasti pernah membaca dan mendengar hadis Rasulullah SAW dari Ibnu Abbas: “Bahawasannya Nabi Muhammad SAW melarang bernafas pada gelas atau meniupnya”. (HR. At-Turmudzi dan disahihkan oleh Al-Albani).


Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah melarang meniup air dalam minuman.

Ada seorang lelaki berkata: “Ada kotoran mata yang saya lihat di dalam wadah itu.”

Rasulullah bersabda: “Alirkanlah sehingga kotoran itu hilang.”

Orang itu berkata lagi: “Sesungguhnya saya tidak merasa puas minum dengan sekali nafas.”

Rasulullah bersabda lagi: “Kalau begitu singkirkanlah dulu wadah itu dari mulutmu dan bernafaslah di luar wadah.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan shahih.

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah melarang kita menarik nafas dalam wadah (tempat minum/gelas) atau meniup ke dalamnya.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih.

Jadi, kita dilarang menarik nafas dan mengeluarkan nafas, baik dari hidung mahupun dari mulut ke dalam gelas yang kita gunakan untuk minum. Rasulullah adalah utusan Allah SWT dan apa yang Rasulullah sampaikan sentiasa ada manfaat untuk umatnya.

Terbukti, setelah diteliti melalui ilmu pengetahuan moden, seperti yang kita ketahui nafas kita mengeluarkan CO2 (Karbon dioksida), sedangkan kita bernafas memerlukan O2 (Oksigen), maka dalam wadah yang tertutup oleh mulut, hidung dan muka kita tersebut, kita akan menghirup kembali gas CO2.

Dan apabila CO2 (karbon dioksida) bergabung dengan H2O (air), maka akan terbentuk kimia H2CO3, yang berbahaya apabila diminum.

Apa itu H2CO3?

H2CO3 adalah karbon dioksida dalam air. H2CO3 inilah yang berbahaya bila masuk kedalam tubuh kita.

Reaksi antara CO2 (karbon dioksida) dan H2O (air) hanya terjadi pada suhu dan tekanan tinggi. CO2 (karbon dioksida)boleh larut di dalam air dalam tekanan tinggi, membentuk H2CO3.

Bayangkan jika kita meminum air yang mengandungi H2CO3 setiap hari, kerana H2CO3 mampu membuatkan besi dan logam berkarat. Lama-kelamaan badan kita akan mengandungi terlalu banyak asid.

Apabila keadaan ini terus berlaku, kita akan mula berasa letih, mengantuk, loya dan mengalami kekeliruan. Jika lebih teruk, tekanan darah akan jatuh, menyebabkan kejutan, koma dan yang paling teruk, kematian!

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon