Tuesday, June 04, 2013

Jangan Cuba Menggapai Perkara Yang Tidak Pasti


Saya hendak kongsikan satu cerita yang berasal dari sebuah rancangan televisyen luar negara. Ceritanya begini, Shawn Nelson diberi tawaran yang menarik.

HOPE

Kini, yang tinggal hanyalah keputusannya sahaja bagi menentukan pilihannya.

Beliau diberi peluang sama ada mahu membawa pulang cek bernilai $1 juta ataupun menyertai satu balingan syiling.

Sekiranya balingan syiling itu beliau menang, maka beliau akan memperoleh hadiah yang lebih lumayan lagi daripada nilai $1 juta itu tadi.

Tetapi sekiranya beliau gagal, maka beliau sekadar pulang dengan tangan kosong.

Keputusan terletak di tangannya. Agak berat untuk memilih kerana tiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Sekiranya beliau membuat pilihan pertama, kemungkinan beliau akan kehilangan hadiah yang lebih lumayan lagi, tetapi berbaloi sebab boleh bawa pulang cek $1 juta.

Namun begitu, sekiranya beliau memilih untuk menyertai pertandingan syiling dan kalah, maka beliau tidak ada apa pun yang dapat dibawa pulang.

Itu pun kalau kalah. tetapi kalau menang, beliau bakal bergelar jutawan tegar!

Hentikan bacaan anda seketika, dan bayangkan sekiranya anda berada di tempat Shawn. Apa pilihan anda? Pilihan yang pertama ataupun pilihan yang kedua? Mengapa keputusan itu yang mesti anda pilih?

"Apakah yang akan saudara pilih, Richard?" Tanya Shawn.

"Terpulang kepada saudara," Jawab billionaire itu.

Beliau tahu jawapan pada dirinya tetapi tidak bagi Shawn. Baginya, beliau mengambil risiko, tetapi risiko yang diambil adalah risiko yang dikira.

Shawn akhirnya membuat keputusan. Beliau tidak mahu memperjudikan nasib dirinya melalui balingan syiling itu.

Beliau mempunyai sebuah syarikat kecil. Banyak pihak seperti pekerjanya yang dapat memperoleh manfaat daripada cek $1 juta itu.

Beliau memilih untuk sekadar membawa pulang $1 juta wang  yang dimenanginya itu.

"Saya mengambil cek," kata Shawn.

Sambil memberi cek kepada Shawn, billionaire itu berkata, "Sekiranya saudara memilih pilihan balingan syiling, maka saya akan hilang semua rasa hormat terhadap saudara."

Pilihan Shawn adalah tepat kerana beliau tidak memperjudikan nasibnya kepada perkara yang tidak dapat dikawal olehnya.

Beginilah ringkasan, anda telah memohon IPTA ternama seperti UIA. Sedangkan anda dapat tawaran sambung belajar ke UiTM.

Panggilan kemasukan ke UIA masih lagi tiada jawapan, tetapi tawaran kemasukan ke UiTM hampir-hampir sampai ke tarikh tutup sesi pendaftaran.

Jadi, takkan anda mahu memperjudikan nasib anda melalui harapan yang tidak ada kepastian yakni menunggu sesuatu yang belum pasti terjamin 100% anda boleh dapat?

50% pun belum tentu boleh berjaya untuk dapatkan, apatah lagi 100%?

Kena molek permohonan yang anda mohon itu memerlukan anda menjalani sesi temuduga. Itu pun kalau anda berjaya dalam sesi temuduga.

Kalau anda tak berjaya, maka anda terlepas sudah kedua-dua peluang sama sekali. Nak daftar UiTM balik, pendaftaran sudah tamat tempoh.

Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sekadar renungan. Wallahua'lam.

BACA INI JUGA: Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon