Thursday, June 13, 2013

Info Hiburan Dan Gosip Terpanas Hari Ini #1/13


Ibu Diana Danielle Enggan Komen Sindiran Farid Kamil

Norsiah bersama Farid dan Diana pada majlis 
pernikahan pasangan itu pada tahun lalu.

Ibu kepada pelakon Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli, 50 mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberi sebarang komen mengenai luahan terbuka menantunya Farid kamil yang berbaur sindiran di laman sosial Twitter, Isnin lalu.

Menurut laporan akhbar Harian Metro pada Khamis, dia menerima kenyataan Farid itu dengan hati terbuka walaupun kenyataan Farid menerusi akaun Twitter miliknya itu kelihatan agak melampau dan seakan mengiyakan desas-desus mendakwa hubungan mereka berantakan sebelum ini..

“Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang mampu saya lakukan,” katanya.

Farid turut membuat kenyataan dia sudah bersabar selama empat tahun dan ia dipercayai merujuk kepada kehidupannya dengan ibu mentuanya itu. Norsiah berkata, pada awalnya dia langsung tidak tahu-menahu mengenai perkara itu sehingga dimaklumkan.

“Selepas baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia (Farid) yang nak petik. Saya okay saja,” katanya.

Terdahulu, pada Ahad lalu, industri hiburan digemparkan dengan gambar memperlihatkan Farid mengucup bayi yang baru dilahirkan sehingga menimbulkan salah faham.

Dalam kenyataan balas, Farid menjelaskan bayi dalam gambar itu adalah anak saudaranya yang baru dilahirkan dan bukannya anaknya bersama Diana.

Najwa Latif Terharu Lagu Dinyanyikan Pelajar AS


Nyanyian lagu 'Sahabat' oleh pelajar-pelajar muzik di Amerika Syarikat telah dimuat naik di 'YouTube'.

Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan lagunya berjudul Sahabat dalam Bahasa Malaysia.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter.

"Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube.

"Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya.

"Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.



Sebuah video menerusi laman YouTube yang memaparkan sekumpulan pelajar muzik di Amerika Syarikat menyanyikan lagu Sahabat telah dimuat naik baru-baru ini.

Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata.

Shah Iskandar dan Nad Zainal Nafi Bercinta

Nad Zainal

Pelakon Shah Iskandar menganggap hubungannya dengan pelakon Nad Zainal hanya sekadar rakan artis semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

Malah Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz,31, berkata, dia turut mengenali teman lelaki kepada wanita itu.

"Saya tidak ada pun nombor telefon Nad dan kami hanya berkomunikasi melalui laman sosial Twitter dan WeChat sahaja.

"Lagi pula saya kenal teman lelaki dia kerana Nad pernah membawanya ke lokasi dan lelaki itu seorang yang baik dan agak pendiam," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Shah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin hubungan rapatnya dengan wanita itu.

Pelakon berasal dari Singapura yang pernah dikaitkan dengan pelakon Rozita Che Wan itu tidak mahu gosip tersebut menjadikan hubungan Nad dan kekasihnya mengalami masalah.

"Cukuplah cerita dahulu, saya tidak mahu ada masalah dengan teman lelaki dia, nanti tidak pasal-pasal kami bermasam muka pula," katanya.

Cut Tari muncul kembali selepas lama menyepi


Pengacara Cut Tari yang terlibat dengan kes video porno bersama vokalis kumpulan Peterpan iaitu Ariel, tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Dia yang baru kembali ke industri hiburan Indonesia ingin terus aktif seperti sebelum ini.

"Apa juga yang sudah terjadi dahulu saya sudah lupakan dan saya akan terus pandang ke hadapan," katanya seperti dipetik detik.com.

Biarpun tidak mempunyai sebarang masalah untuk kembali dalam dunia hiburan, namun Cut menganggap dia perlu banyak belajar.

Beliau tetap optimis untuk berjaya dalam industri hiburan biarpun lama menyepi.

Taylor Swift bergaduh dengan jiran


Ketenangan mungkin semakin luntur di rumah Taylor Swift ketika ini. Mana tidaknya penyanyi lagu berjudul I Knew You Were Trouble ini dikatakan sedang berseteru dengan jirannya.

Seperti yang dilaporkan oleh Digital Spy, para penduduk yang tinggal di kawasan Watch Hill, Rhode Island, Amerika Syarikat merasa geram dengan pengawal peribadi Taylor.

"Jiran tetangga di situ tidak dibenarkan mendekati kawasan pantai yang berdekatan dengan rumah penyanyi lagu-lagu country pop itu. Rasa tidak puas hati itu memang beralasan kerana kawasan itu berdekatan dengan rumah penduduk lain dan ia tidak termasuk bahagian rumah Taylor," ujar sumber tersebut.

Penyanyi berusia 22 tahun ini memang mempunyai fasiliti yang khusus termasuklah kawasan pantai peribadi di rumahnya. Kemungkinan besar, pengawal peribadi itu menganggap kehadiran orang lain akan mengganggu ketenangan Taylor sehingga terpaksa mengusir mereka keluar.

Dalam hal ini Taylor mungkin tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana sebelum ini pernah ada kes orang luar yang menyusup masuk ke dalam kediamannya itu dan kawalan yang lebih amat diperlukan.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon