Tuesday, June 04, 2013

Erma Fatima Restui Sharifah Sakinah Sebagai Menantu


Semua peminat hiburan tempatan sedia maklum, Sharifah Sakinah kini sedang hangat bercinta dengan anak teruna pengarah tersohor, Erma Fatima iaitu Shamil Equan, 22.


Memandangkan sebelum ini Sakinah pernah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi video mengarut dan tidak elok, oleh itu sebagai ibu kepada teman lelaki Sakinah, Erma Fatima hanya mampu tersenyum dan menyifatkan perangai gila-gila pelakon itu adalah sama sepertinya di zaman muda-muda dahulu.

”Huhh..nasib baik suatu ketika dahulu saya pernah gila macam dia. Jadi, dapat menantu gila pun bolehlah daripada tak ada. “

Dalam pada itu, sewaktu pelakon Sharifah Shahora bergurau kepada Erma Fatima mengenai video pakaian dalam merah yang pernah dimuat naik oleh Sakinah, pengarah ini hanya tergelak dan menjawab,


”I tak kisahlah nak pakai bra merah ke, biru, kuning, hijau, kita orang Malaysia kan?

Untunglah Sakinah dapat bakal mak mertua yang sporting macam Erma Fatima ini kan? Melalui respon peminat, mereka juga melahirkan rasa kagum dengan sikap terbuka pengarah tersebut dan menyifatkan Erma sebagai seorang ibu mertua yang baik.

Apa pun, jom layan video keek mengenai penjelasan Erma Fatima berkaitan bakal menantunya itu selepas ini.

–Ohbulan.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon