Saturday, June 22, 2013

Dipenjara Seumur Hidup Bunuh Dan Rogol Wartawan ABC


Seorang perogol bersiri dihukum penjara seumur hidup, semalam, selepas didapati bersalah merogol dan membunuh seorang wanita Ireland di tepi jalan di Australia pada September lalu.

Bayley dihukum penjara seumur hidup kerana merogol 
dan membunuh Meagher (kanan) secara tragis.

Adrian Emest Bayley, mengaku bersalah merogol dan menyerang Jill Meagher, semasa beliau berjalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya.

Menurut laporan dipetik TheGuardian, Hakim Mahkamah Agung, Geoffrey Nettle berkata, penjara seumur hidup mencukupi untuk menghukum Bayley.

“Anda bukan saja merogol, malah membunuh dan ini merupakan kesalahan paling serius,” kata Nettle

Sebelum ini, Meagher adalah wartawan penyiaran ABC dan berpindah dari Ireland beberapa tahun lalu.

Meagher dilaporkan hilang pada 22 September, semasa berjalan kaki pulang dari bar yang terletak hanya beberapa blok dari kediamannya.

Mayatnya dijumpai lima hari kemudian kira-kira 50 kilometer dari kawasan bandar.

Kematiannya menimbulkan kontroversi apabila puluhan ribu mengadakan demonstrasi menentang keganasan.

-SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon